Pilih beberapa fail di dropbox.com

Dikemas kini Dec 12, 2024
person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.


Anda boleh memilih berbilang fail pada masa yang sama di dropbox.com. Ini membolehkan anda mengambil tindakan dengan cepat seperti:

  • Mengalihkan fail ke dalam folder
  • Menyalin fail
  • Menghapuskan fail

Untuk memilih beberapa fail di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas fail pertama yang ingin dipilih.
  3. Klik tanda rait yang muncul. Ulang langkah ini bagi semua fail yang anda ingin pilih.
  4. Pilih tindakan yang ingin anda ambil daripada pilihan di atas senarai fail.
Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan