Cara termudah untuk memindahkan fail di antara akaun-akaun ialah melalui folder kongsian.
Pengguna Dropbox Business: Ketahui bagaimana untuk mengalihkan fail antara dua akaun anda.
Daripada akaun pertama anda...
- Daftar masuk ke akaun yang mempunyai fail yang anda ingin alihkan.
- Cipta folder kongsian dan jemput akaun kedua anda.
- Alihkan fail secara manual dengan menyeret dan melepaskannya ke dalam folder kongsian yang baru dicipta.
- Daftar keluar daripada akaun ni.
Dari akaun kedua anda…
- Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan alamat e-mel akaun kedua anda.
- Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
- Layangkan tetikus ke atas folder yang baru sahaja anda kongsi dan klik Tambah ke Dropbox.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Cari folder kongsian yang baru sahaja ditambah. Kini anda boleh mengalihkan fail dari folder itu ke tempat-tempat lain dalam akaun Dropbox anda.
Apabila fail dialih keluar dari folder kongsian, ia tidak lagi boleh diakses dari akaun pertama.
Petua: Anda boleh meninggalkan folder kongsian tersebut apabila anda selesai mengalihkan fail, atau membiarkan sahaja mana tahu anda perlu bertukar-tukar fail antara akaun semula.