Siapa yang boleh melihat fail dalam akaun Dropbox saya?

Dikemas kini Jan 30, 2024

Semua fail yang anda simpan dalam Dropbox adalah sulit. Orang lain tidak boleh melihat dan membuka fail-fail tersebut melainkan anda dengan sengaja berkongsi pautan ke fail atau berkongsi folder dengan orang lain.
 

Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian utama, kakitangan Dropbox akan, dalam keadaan terpencil, perlu mengakses kandungan fail pengguna (1) apabila dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian; (2) apabila diperlukan bagi memastikan bahawa sistem dan ciri-ciri kami berfungsi seperti yang direka (misalnya menyahpepijat isu prestasi, memastikan kefungsian carian kami mengembalikan hasil relevan, membangunkan kefungsian carian imej, memperhalusi cadangan kandungan, dll.); atau (3) untuk menguatkuasakan Terma Perkhidmatan dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Akses kepada kandungan pengguna adalah terhad kepada sebilangan kecil pengguna. Kami mempunyai dasar yang ketat serta kawalan akses teknikal yang menghalang akses kepada kandungan fail kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku ini. Selain itu, kami mengambil beberapa langkah keselamatan fizikal dan elektronik untuk melindungi maklumat pengguna daripada akses tanpa kebenaran.
 

Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami menyimpan barang anda dengan selamat.

highlight icon

Perhatian: Jika anda merupakan ahli pasukan Dropbox, pentadbir anda boleh "mendaftar masuk sebagai pengguna" dan mengakses fail dalam akaun pasukan anda serta melihat nama dan alamat e-mel akaun peribadi anda yang dipautkan. Bagaimanapun, pentadbir anda tidak boleh membuka dan mengakses fail dalam akaun peribadi anda yang dipautkan itu.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan