Anda boleh mencipta pautan kepada fail atau folder dalam akaun Dropbox anda untuk dikongsikan dengan orang lain. Apabila anda berkongsi fail atau folder melalui pautan, anda boleh memilih untuk memberikan akses menyunting atau lihat-sahaja kepada orang yang mempunyai pautan itu. Ketahui cara menguruskan tetapan perkongsian lalai anda.
Jika anda berkongsi pautan melalui e-mel, WhatsApp, Twitter, pesanan ringkas atau aplikasi pihak ketiga yang lain, penerima akan melihat nama fail dan pratonton mini kandungan. Apabila penerima mengklik pada pautan, fail akan dibuka sebagai pratonton di dropbox.com, dan penerima boleh menulis komen pada fail.
Perhatian:
- Fail Microsoft Office dan Dokumen, Helaian, dan Slaid Google membenarkan akses menyunting secara lalai, tetapi anda boleh mengubah akses kepada lihat-sahaja apabila anda mencipta pautan.
- Pelanggan yang menggunakan pelan Dropbox Professional, Standard, Advanced dan Enterprise boleh menetapkan keizinan pautan kongsian tambahan seperti kata laluan dan tarikh luput.
- Anda tidak boleh mencipta pautan kongsian kepada folder terhad.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.
Mencipta dan berkongsi pautan Dropbox dengan akses menyunting
Jika anda menggunakan akaun Dropbox Basic, Professional atau Plus, anda boleh memberikan akses menyunting kepada pengguna Dropbox lain bagi fail atau folder Dropbox anda melalui pautan. Jika anda berkongsi dengan seseorang yang tidak mempunyai akaun Dropbox, mereka hanya akan dapat melihat pratonton fail atau folder.
Perhatian: Jika anda beri pengguna Dropbox lain akses kepada fail atau folder, mereka boleh mencipta pautan mereka sendiri untuk berkongsi kandungan tersebut dengan orang lain. Jika anda seorang pentadbir dalam pasukan Dropbox, anda boleh mengawal tetapan pautan untuk semua orang. Ketahui cara menguruskan tetapan pautan kongsian untuk pasukan anda.
Di dropbox.com
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Layangkan tetikus ke atas fail atau folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
- Daripada menu pilihan, pilih boleh menyunting.
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta.
- Jika pautan telah dicipta, kemudian klik Salin pautan.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian, anda boleh menampalnya pada e-mel, mesej atau di mana jua orang boleh mengaksesnya.
Perhatian: Jika penerima pautan ialah ahli akaun pasukan Dropbox, keupayaan mereka untuk menyunting kandungan bergantung pada keizinan pasukan mereka.
Mencipta dan berkongsi pautan Dropbox dengan akses lihat-sahaja
Jika seseorang menerima pautan kongsian atau fail kongsian dengan keizinan lihat-sahaja, mereka tidak akan dapat menyunting fail asal.
Di dropbox.com
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Layangkan tetikus ke atas fail atau folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
- Daripada menu pilihan, pilih boleh melihat.
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta.
- Jika pautan telah dicipta, kemudian klik Salin pautan.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian, anda boleh menampalnya pada e-mel, mesej atau di mana jua orang boleh mengaksesnya.
Pada komputer anda
- Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
- Klik kanan atau command klik fail atau folder yang ingin dikongsi.
- Klik Kongsi….
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta pautan.
- Jika pautan telah dicipta, klik Salin pautan di sebelah Boleh lihat.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian, anda boleh menampalnya pada e-mel, mesej atau di mana jua orang boleh mengaksesnya.
Mengurus pautan dengan akses menyunting atau lihat-sahaja
Anda boleh mengubah pautan fail atau folder selepas anda kongsikan pautan tersebut. Ketahui cara mengurus keizinan perkongsian Dropbox.
Terdapat beberapa pengecualian:
- Jika anda membuang akses seseorang dan mereka masih mempunyai pautan fail atau folder, mereka boleh mendapatkan semula akses. Untuk menghalang mereka daripada mendapatkan semula akses, hapuskan pautan itu. Ketahui cara membuang pautan kepada fail atau folder.
- Jika seseorang yang anda kongsikan pautan folder telah menambah folder itu kepada akaun Dropbox mereka, keizinan pautan yang anda tetapkan tidak boleh digunakan lagi. Ketahui tentang menambah folder kongsian.
- Jika anda memberi seseorang akses menyunting fail atau folder, atau sebarang akses kepada fail berlandaskan web, seperti dokumen Paper atau Google, mereka boleh mencipta pautan kongsian mereka sendiri. Anda tidak boleh menguruskan pautan kongsian tersebut, oleh itu pastikan anda berkongsi dengan orang yang dipercayai sahaja.
Menyesuaikan pautan dan tetapan
Pelanggan Dropbox Professional, Standard, Advanced dan Enterprise boleh mengubah tetapan pautan dan menyesuaikan pautan kongsian dengan penjenamaan profesional.