Cara menyertai folder kongsian

Dikemas kini Sep 18, 2024
person icon

Artikel ini menerangkan ciri yang tersedia kepada pelanggan dalam semua pelan Dropbox.

Apabila anda dijemput ke fail atau folder Dropbox yang dikongsi, anda akan menerima pemberitahuan di dropbox.com, dalam aplikasi Dropbox, dan melalui e-mel.
 

Jika anda dijemput ke folder kongsian, anda boleh menyertai folder tersebut untuk mengakses kandungan. Folder kongsian juga akan diselaraskan dengan akaun Dropbox ahli yang lain. Orang yang berkongsi folder ini dengan anda mungkin telah memberi anda sama ada keizinan editor atau pelihat.
 

Jika anda seorang ahli pasukan, folder peribadi yang dikongsikan dengan anda oleh ahli pasukan yang lain akan ditambah ke akaun Dropbox anda secara automatik. Folder hanya akan ditambah secara automatik jika kriteria yang berikut dipenuhi:

  • Anda dan orang yang berkongsi folder berada dalam pasukan yang sama
  • Anda dan pemilik folder berada dalam pasukan yang sama
  • Folder mengandungi kurang daripada 10,000 fail
  • Folder adalah lebih kecil daripada 100 MB
  • Folders dikongsi dengan kurang daripada 100 orang

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.

Cara menyertai folder kongsian di Dropbox

Apabila anda dijemput ke folder kongsian, anda boleh mengakses folder tersebut dengan menyertai folder.

Cara menyertai folder kongsian melalui tab Perkongsian

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Utama di bar navigasi kiri.
  3. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  4. Cari folder kongsian yang ingin diakses. 
  5. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin disertai dan pilih Sertai folder.

Cara menyertai folder kongsian daripada pemberitahuan anda di dropbox.com

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon pemberitahuan (loceng) di sudut kiri bawah.
  3. Klik Sertai folder di bawah folder kongsian yang ingin diakses.
highlighter icon

Perhatian: Anda memerlukan akaun Dropbox dan alamat e-mel yang sah untuk menerima jemputan folder kongsian. Folder kongsian akan ditambah terus ke akaun Dropbox anda dan menyelaras dengan semua ahli folder.Jika anda belum mempunyai akaun Dropbox, anda boleh mencipta akaun dan kemudian menerima jemputan.

Cara meminta akses ke folder kongsian di Dropbox

Jika anda mengklik jemputan folder kongsian dan anda diminta untuk memohon akses, pemilik folder mungkin belum memberi anda akses. Contohnya, seseorang yang menerima jemputan folder kongsian mungkin telah memajukan jemputan itu kepada anda.

Cara meminta untuk menyertai folder

  1. Klik pautan jemputan yang anda terima.
  2. Klik Minta akses.
    • Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Dropbox, pilih akaun yang ingin anda sertai.

Permohonan anda akan dihantar kepada pemilik folder, dan anda akan dimaklumkan jika pemilik menerima permohonan anda.

Cara menambah fail kongsian ke akaun anda

Apabila anda menerima fail kongsian, anda boleh membuka fail itu melalui e-mel jemputan atau pemberitahuan anda di dropbox.com dengan mengklik ikon loceng di sudut kiri bawah. Anda juga boleh melihat pratonton fail pada dropbox.com. 

Seperti pratonton, fail kongsian tidak menggunakan ruang dalam akaun anda melainkan anda menyimpan satu salinan fail ke akaun Dropbox anda.

Cara melihat semua jemputan fail yang anda terima

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Utama di bar navigasi kiri.
  3. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  4. Pilih tab Fail . 
    • Dari sini, anda boleh melihat semua jemputan fail yang anda terima. 
  5. Klik fail untuk melihat pratontonnya.

Jika fail telah dikongsi dengan anda melalui pautan, fail itu tidak akan muncul pada halaman Dikongsi . 

Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan