Jika anda menerima permintaan fail, ini bermakna bahawa seseorang dengan akaun Dropbox ingin mengumpul fail daripada anda.
Anda tidak memerlukan akaun Dropbox, atau perlu mendaftar masuk ke akaun Dropbox, untuk membalas permintaan fail. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai akaun Dropbox, anda boleh mendaftar masuk dan memuat naik fail terus dari akaun anda.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.
Bagaimana untuk menghantar fail melalui permintaan fail
Anda mungkin menerima permintaan fail dalam e-mel atau sebagai pautan. Untuk menghantar fail kepada pengguna Dropbox melalui permintaan fail:
- Buka jemputan permintaan fail atau klik pautan yang diterima.
- Klik Tambah fail dan pilih Fail dari komputer, Folder dari komputer, atau Dari Dropbox.
- Jika anda lebih banyak fail untuk dimuat naik, klik +Tambah lebih banyak fail..
- Setelah anda menambah semua fail yang ingin dimuat naik, anda mungkin akan diminta untuk memasukkan nama dan alamat e-mel anda supaya pengumpul fail tahu siapa yang memuat naik fail-fail ini.
- Klik Muat naik.
Tanda rait hijau akan muncul untuk menunjukkan bahawa anda telah berjaya memuat naik fail anda.
Soalan Lazim tentang memuat naik permintaan fail
Adakah permintaan fail mempunyai tarikh akhir?
Jika anda menerima jemputan permintaan fail di dalam peti masuk anda, e-mel itu akan menyertakan maklumat jika terdapat tarikh akhir untuk memuat naik fail anda. Ini apa yang anda patut tahu mengenai tarikh akhir:
- Masa dan tarikh bagi tarikh akhir adalah dalam zon masa pengumpul fail
- Anda akan menerima satu e-mel peringatan untuk memuat naik fail sebelum tarikh akhir
- Jika anda menghantar jemputan permintaan fail kepada seseorang yang asalnya tidak dijemput oleh pencipta permintaan fail itu, mereka tidak akan menerima e-mel peringatan
- Anda tidak akan menerima e-mel jika pencipta permintaan fail mengubah tarikh akhir
- Jika orang yang meminta fail membenarkan penyerahan lewat sebarang fail yang dimuat naik selepas tarikh akhir akan diterima, tetapi ditandakan sebagai lewat
Mengapa saya tidak menerima permintaan fail yang saya jangkakan?
Jika anda menunggu jemputan permintaan fail tetapi tidak menerimanya, cuba langkah yang berikut:
- Semak jika jemputan permintaan fail itu pergi ke folder spam anda
- Sahkan alamat e-mel anda dengan pengumpul fail
- Tambah no-reply@dropbox.com kepada kenalan e-mel anda dan minta pengumpul fail untuk menghantar semula jemputan kepada anda
- Jika langkah-langkah di atas tidak menyelesaikan masalah, sila hubungi pembekal e-mel anda, atau minta pengumpul untuk menyalin pautan kepada permintaan mereka dan menghantarnya kepada anda.
Mengapa saya mendapat mesej ralat semasa saya cuba memuat naik fail?
Terdapat beberapa sebab mengapa anda melihat mesej ralat semasa cuba memuat naik fail kepada permintaan fail. Ini beberapa mesej ralat yang anda mungkin lihat dan bagaimana untuk membaikinya:
Ralat: Sila muat naik fail kurang daripada 2 GB.
Jika permintaan fail telah dicipta oleh pengguna Dropbox Basic, Plus, atau Family, anda hanya boleh memuat naik fail hingga 2 GB. Untuk fail yang lebih besar daripada 2 GB, pertimbangkan untuk menggunakan pautan kongsian.
Perhatian: Permintaan fail yang dicipta oleh ahli pasukan Dropbox Business atau pengguna Professional boleh menerima fail hingga sebesar 50 GB.
Ralat: [Nama pengumpul] tidak cukup Ruang Dropbox untuk fail-fail ini.
Minta pemungut fail untuk menyemak jumlah ruang yang mereka ada dalam akaun Dropbox mereka.
Ralat: Sesuatu tidak kena berlaku. Sila cuba hantar fail anda sekali lagi.
Jika pengumpul fail mempunyai ruang yang cukup dalam akaun Dropbox mereka dan fail di bawah saiz 2 GB, cuba muat naik ke permintaan fail dalam tetingkap pelayar yang baru (Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Safari) ataupun dalam pelayar incognito/sulit. Anda juga boleh mengosongkan cache pelayar anda dan cuba semula memuat naik fail.