Ubah suai pautan kongsian dengan perkongsian berjenama

Ciri ini hanya tersedia kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Professional dan Business.

Dengan perkongsian berjenama, anda boleh membentangkan fail dan folder kongsian dengan logo anda, nama organisasi dan imej latar belakang untuk membantu memantapkan jenama profesional anda dengan klien.

Nota: Jika anda ahli pasukan Dropbox Business, pentadbir anda boleh mengawal tetapan perkongsian berjenama untuk seluruh pasukan anda

Sediakan perkongsian berjenama

Apabila seseorang menerima jemputan perkongsian langsung melalui e-mel atau melihat pautan kongsian, mereka akan melihat elemen penjenamaan yang anda tambah kepada tetapan akaun anda.

Untuk menyediakan penjenamaan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Penjenamaan
  5. Klik Sediakan penjenamaan di sebelah Nama dan logo jenama untuk menambah logo dan nama organisasi atau jenama anda. 
  6. Klik Pilih imej di sebelah Imej latar belakang untuk memilih imej latar belakang, jika anda mahu.

Untuk menyunting penjenamaan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Penjenamaan.
  5. Klik Buang atau Sunting di sebelah Nama dan logo jenama atau Imej latar belakang untuk membuat perubahan.

Kongsi dengan penjenamaan anda

Penjenamaan profesional anda akan dimasukkan setiap kali anda berkongsi menggunakan jemputan langsung. Hanya kongsi fail atau folder seperti biasa, dan penerima akan melihat penjenamaan anda dalam pemberitahuan e-mel mereka. Jika anda telah menetapkan imej latar belakang dengan penjenamaan anda, satu skrin percikan juga akan dipaparkan apabila penerima membuka pautan ke fail kongsian anda. 

Perhatian: Jika anda belum menetapkan imej latar belakang, logo anda dan nama jenama anda akan dipaparkan dalam pratonton fail, namun skrin percikan tidak akan dipaparkan.

Trafik dan statistik

Sebagai pelanggan Dropbox Professional, anda boleh memantau paparan dan muat turun fail yang anda kongsi dengan orang lain. Ketahui bagaimana untuk menyemak aktiviti dengan Trafik dan statistik.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan