Cara menyahkongsi folder Dropbox
Apabila anda menyahkongsi folder dalam Dropbox, fail akan dipadamkan secara kekal daripada akaun setiap ahli dan dibuang daripada mana-mana peranti yang dipautkan apabila apl desktop Dropbox menyelaras semula. Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh menyahkongsi folder pada bila-bila masa, kecuali jika:
- Folder itu mengandungi folder kongsian.
Apabila anda berkongsi folder, orang yang anda jemput ke folder itu akan mempunyai akses kepada semua yang ada di dalam folder—termasuk folder-folder lain. Anda boleh menetapkan keizinan pengguna untuk menyunting atau melihat sahaja tetapi anda tidak boleh menyahkongsi fail atau folder tertentu dalam folder kongsian.
- Folder itu berada di dalam folder kongsian lain
Jika anda pemilik folder induk dan ingin menyahkongsi subfolder, anda boleh mengalihkan subfolder keluar daripada folder kongsian induk dan kemudian menyahkongsi subfolder itu. Anda juga boleh membuang ahli secara manual pada peringkat folder induk mengikut arahan di atas.
- Folder mengandungi folder kongsian yang tidak aktif
Jika folder kongsian mengandungi folder kongsian yang tidak aktif, anda tidak akan dapat menyahkongsi folder induk. Memandangkan folder tidak aktif ini tidak ditunjukkan secara lalai, anda mungkin tidak tahu sebabnya folder itu tidak boleh dinyahkongsi.
Untuk menyelesaikan isu ini:
- Klik Tunjuk fail terhapus untuk memaparkan sebarang folder kongsian yang tidak aktif dalam folder induk.
- Pulihkan folder kongsian yang tidak aktif, kemudian alih keluar daripada folder induk.
- Teruskan dengan menyahkongsi folder.
Untuk menyahkongsi folder: