Adakah terdapat had bilangan folder kongsian yang boleh saya cipta?
Dalam satu folder induk, anda boleh mencipta hingga 1,500 subfolder kongsian. Bilangan ini merangkumi folder induk itu sendiri.
Dalam akaun Dropbox anda, anda boleh mencipta hingga 30,000 folder kongsian. Bilangan ini merangkumi folder induk dan subfolder.
Untuk pasukan besar, anda mungkin mahu membahagikan pasukan kepada subpasukan dengan folder pasukan yang berasingan. Anda kemudian boleh menggunakan kumpulan untuk memberi akses kepada berbilang folder pasukan.