Folder pasukan: gambaran umum

Kebanyakan tetapi bukan semua pasukan perniagaan mempunyai akses kepada pengalaman ruang pasukan. Jika pasukan anda tidak mempunyai akses, maka artikel ini adalah untuk anda. Ketahui cara untuk mengenal pasti sama ada anda sedang menggunakan pengalaman ruang pasukan.

Perhatian: Anda mungkin telah menerima pemberitahuan e-mel yang bertanya sama ada anda ingin menaik taraf akaun anda kepada pengalaman ruang pasukan. Ketahui lebih lanjut tentang naik taraf.

Folder pasukan ialah alat yang berkuasa untuk berkongsi dengan pasukan anda. Folder pasukan tersedia kepada sesetengah pasukan Dropbox Business. Dengan folder pasukan, anda boleh:

  • Selaraskan kandungan di dalam folder pasukan dengan ahli kumpulan secara automatik
  • Pilih untuk berkongsi fail atau folder individu di dalam folder pasukan

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Bagaimana untuk mencipta folder pasukan

Pentadbir boleh mencipta folder pasukan dalam konsol pentadbir. Jika anda adalah ahli pasukan dan anda inginkan folder pasukan baru, hubungi pentadbir anda untuk mendapatkan bantuan.

Folder pasukan dan kumpulan

Folder pasukan dikongsi dengan kumpulan dan merupakan pusat kandungan untuk pasukan. Kumpulan diberikan peranan (sama ada sebagai editor atau lihat-sahaja) untuk folder pasukan.

Jika anda perlukan akses kepada folder pasukan yang anda bukan ahlinya, hubungi pentadbir anda untuk ditambah kepada kumpulan yang relevan.

Perhatian: Pentadbir pasukan Dropbox Business  memiliki dan menguruskan folder pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang menguruskan folder pasukan.

Kongsi kandungan di dalam folder pasukan

Selagi anda mempunyai akses menyunting kepada folder yang ingin dikongsi dan pentadbir anda membenarkan perkongsian luar, anda boleh berkongsi kandungan di dalam folder pasukan anda bersama kolaborator di luar kumpulan anda.

Untuk berkongsi folder di dalam folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun kerja anda.
  2. Buka folder pasukan anda.
  3. Layangkan tetikus ke atas nama folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  4. Taipkan e-mel atau nama orang yang anda ingin jemput ke dalam kotak teks.
    • Nama berwarna biru adalah ahli pasukan anda.
    • Nama berwarna kuning bukan ahli pasukan anda.
  5. Klik Kongsi folder.

Orang yang anda jemput mesti menerima jemputan sebelum mereka boleh mengakses kandungan di dalam folder itu.

Anda juga boleh berkongsi folder dengan memilih sunting atau lihat kebenaran, mengklik Salin Pautan, kemudian menampal dan berkongsi di tempat yang dikehendaki.

Ahli pasukan anda yang menerima pautan menyunting akan dapat menambahkan folder ke akaun Dropbox mereka dan bekerjasama dalam kandungan. Jika pautan menyunting dihantar kepada seseorang yang bukan ahli pasukan anda, mereka perlu meminta dan diberikan kebenaran sebelum mereka dapat menambahkan folder ke akaun Dropbox mereka dan bekerjasama dalam kandungan.

Orang yang hanya boleh mengakses folder di dalam folder pasukan, tetapi bukan folder pasukan itu sendiri:

  • Terima folder seperti folder kongsian
  • Tiada akses kepada folder pasukan atau sebarang kandungan folder yang lain
  • Tiada penglihatan ke dalam struktur folder

Perhatian: Pentadbir boleh mengehadkan keupayaan anda untuk menjemput orang ke folder di dalam folder pasukan.

Memulihkan folder di dalam folder pasukan

Apabila anda memulihkan folder yang berada di dalam folder pasukan, keizinan perkongsian folder itu juga dipulihkan. Jika folder dikongsi dengan Janey Smith sebelum ia dihapuskan, ia akan dikongsi dengan Janey Smith setelah ia dipulihkan.

Jika anda tidak mahu ahli terdahulu mempunyai akses kepada folder setelah anda memulihkannya, pulihkan folder kemudian buang mereka daripada folder.

Peranan di dalam folder pasukan

Pentadbir menentukan peranan kumpulan apabila folder pasukan dikongsi:

  • Editor: Kumpulan anda boleh menyunting folder pasukan dan semua kandungan di dalamnya.
  • Lihat-sahaja: Kumpulan anda boleh melihat kandungan di dalam folder pasukan. Pentadbir boleh memberi anda akses menyunting kepada folder di dalam folder pasukan.


Bolehkah saya mengehadkan akses kepada folder di dalam folder pasukan?

Ya, untuk menyediakan folder di dalam folder pasukan hanya kepada sesetengah ahli pasukan, anda boleh mencipta folder dengan akses terhad.

Bolehkah saya berkongsi pautan ke folder pasukan?

Tidak, anda tidak boleh berkongsi pautan ke seluruh folder pasukan. Jika tetapan untuk folder membenarkannya, anda boleh berkongsi pautan ke kandungan di dalam folder pasukan.

Mengapa folder pasukan saya menyelaras ke komputer saya secara automatik?

Setelah folder pasukan ditambah ke akaun anda, folder itu akan menyelaras pada semua peranti anda yang gunakan untuk mendaftar masuk ke akaun Dropbox dan mengakses fail Dropbox anda.

Bagaimana saya pastikan jika saya sedang menggunakan folder pasukan?

Folder pasukan mempunyai ikon berlainan daripada folder kongsian:

Ikon Folder pasukan pada komputer Windows
Ikon Folder pasukan pada Mac

Bagaimana saya mendapat akses ke folder pasukan?

Folder pasukan tersedia kepada pasukan Dropbox Business. Jika anda ingin menggunakan folder pasukan, anda boleh menaik taraf kepada akaun Dropbox Business. Akaun Dropbox Business direka bentuk untuk pasukan dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang pengguna.

Kongsi kandungan dalam folder pasukan

Untuk berkongsi folder di dalam folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun kerja anda.
  2. Buka folder pasukan anda.
  3. Layangkan tetikus ke atas nama folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  4. Taipkan e-mel atau nama orang yang anda ingin jemput ke dalam kotak teks.
    • Nama berwarna biru adalah ahli pasukan anda.
    • Nama berwarna kuning bukan ahli pasukan anda.
  5. Klik Kongsi folder.

Orang yang anda jemput mesti menerima jemputan sebelum mereka boleh mengakses kandungan di dalam folder itu.

Bolehkah saya mengalihkan folder kongsian sedia ada ke dalam folder pasukan?

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh alihkan folder kongsian itu ke dalam folder pasukan dengan:

  • Menyeret folder kongsian ke dalam folder pasukan daripada desktop anda
  • Mengalihkan folder di www.dropbox.com

Bolehkah saya menamakan semula atau menghapuskan folder pasukan?

Tidak, folder pasukan tidak boleh dinamakan semula atau dihapuskan.

Jika anda cuma ahli folder di dalam folder pasukan, anda boleh menamakan semula atau menghapuskan folder kongsian. Perubahan ini hanya dikenakan kepada akaun anda dan tidak akan menjejaskan ahli folder yang lain.

Bagaimanakah cara untuk membuang folder pasukan daripada komputer saya?

Anda boleh gunakan penyelarasan terpilih untuk menghalang folder daripada menyelaras ke komputer anda.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih.

Bolehkah saya mengalihkan folder pasukan?

Tidak, folder pasukan terletak di lokasi yang sama untuk setiap ahli: di dalam folder Dropbox utama anda.

Bolehkah saya menamakan semula folder di dalam folder pasukan?

Ya, anda boleh menamakan semula folder di dalam folder pasukan.

Perhatian: Jika folder di dalam folder pasukan dinamakan semula, semua ahli folder induk akan melihat nama yang baru. Bagaimanapun, orang yang cuma ahli folder di dalam folder pasukan akan terus melihat nama asal.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan