Setelah anda menyelaraskan fail anda dengan Dropbox, anda boleh mengakses dan menguruskan fail tersebut di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Ini termasuklah:
- Pada komputer anda, melalui apl desktop Dropbox
- Pada telefon mudah alih atau tablet anda, melalui apl mudah alih Dropbox
- Pada mana-mana peranti yang mempunyai pelayar web, melalui dropbox.com
Adakah Dropbox mengemas kini fail secara automatik?
Apabila anda menyelaraskan fail dengan Dropbox, fail tersebut dikemas kini di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Ini bermakna, jika anda menambah atau membuat perubahan kepada fail dari satu peranti, fail itu akan dikemas kini secara automatik di tempat lain.
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Cara untuk mula menyelaraskan fail anda dengan Dropbox
Anda boleh mula menyelaraskan semua fail anda pada semua peranti anda dengan pelan percuma Dropbox Basic. Pelan ini disertakan dengan hingga 2 GB ruang simpanan dan tiada had masa.
Anda boleh menaik taraf kepada pelan berbayar dengan lebih banyak ruang simpanan atau ciri tambahan pada bila-bila masa.
Untuk bermula:
- Cipta akaun di dropbox.com/register.
- Muat turun dan pasang apl desktop Dropbox untuk komputer anda dan apl mudah alih Dropbox untuk telefon atau tablet anda.
- Log masuk dengan e-mel dan kata laluan anda.
- Daripada komputer riba, komputer, tablet atau peranti mudah alih anda, anda boleh: