Penyelarasan terpilih: gambaran umum

Ciri ini tersedia kepada semua pengguna Dropbox, termasuk pengguna pelan percuma Basic.

Jika anda ahli akaun pasukan Dropbox, dan anda ingin mengurus tetapan penyelarasan terpilih pada komputer anda, gunakan artikel ini. Jika anda pentadbir akaun pasukan Dropbox, ketahui cara menguruskan tetapan lalai penyelarasan terpilih bagi pasukan anda.

Penyelarasan terpilih ialah ciri dalam aplikasi desktop Dropbox yang membenarkan anda membuang folder tertentu daripada pemacu keras anda supaya anda boleh menjimatkan ruang pada komputer. Folder yang dipilih untuk dibuang daripada pemacu keras anda akan kekal disimpan dalam akaun anda di dropbox.com.

Perhatian: Anda tidak boleh membuang fail yang berasingan dengan penyelarasan terpilih—hanya folder yang mengandungi fail dan folder.

Penyelarasan terpilih membolehkan anda memilih folder yang anda ingin simpan pada pemacu keras komputer anda daripada semua folder yang anda telah simpan di dalam akaun Dropbox anda.

  • Jika anda menandakan folder, folder tersebut serta fail dan folder yang ada di dalam akan disimpan ke pemacu keras anda. 
  • Jika anda membuang tanda folder, folder tersebut dan fail dan folder di dalamnya akan dibuang dari pemacu keras anda, dan hanya disimpan di dropbox.com.

Perhatian: Keutamaan pelarasan terpilih yang anda pilih adalah unik kepada setiap komputer dan tidak akan menjejaskan komputer lain yang anda gunakan dengan Dropbox.

Soalan-soalan Lazim

Apakah perbezaan antara penyelarasan terpilih dan dalam talian sahaja?

Menjadikan fail dan folder anda dalam talian sahaja turut membantu menjimatkan ruang pemacu keras. Fail dan folder ini masih akan kelihatan daripada komputer anda, tetapi disimpan dalam akaun Dropbox dalam talian anda.

Berdasarkan cara penggunaan, fail dan folder tertentu boleh ditetapkan secara automatik kepada dalam talian sahaja.

Apakah perbezaan antara penyelarasan terpilih dan mengabaikan fail?

Dengan penyelarasan terpilih, anda boleh memilih folder yang anda ingin simpan pada pemacu keras komputer anda daripada semua folder yang anda telah simpan dalam akaun Dropbox anda. Jika anda menetapkan fail atau folder untuk diabaikan oleh Dropbox, ia tidak akan diambil kira dalam ruang storan anda.

Ketahui cara menetapkan fail atau folder Dropbox supaya diabaikan.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan

Ketahui cara melihat status penyelarasan folder anda.

Ketahui makna ikon penyelarasan yang berbeza.

Ketahui cara menyemak sama ada fail dan folder anda diselaraskan atau tidak.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan