Bagaimana jika saya tidak melihat tetingkap pilihan folder kongsian?
Jika tetingkap pilihan folder kongsian gagal muncul dalam pelayar, anda mungkin mengalami masalah yang disebabkan oleh sambungan atau penambahan pelayar pihak ketiga (seperti penyekat tetingkap timbul atau iklan).
Jika ini berlaku, lumpuhkan sebarang sambungan atau penambahan pelayar yang sedang berjalan buat sementara waktu. Sebaik sahaja anda membuang akses anda ke folder kongsian atau kemas kini tetapan lain, anda boleh mendayakan semula sambungan pelayar ini.
Jika anda ingin terus menggunakan sambungan, mungkin anda boleh mencipta pengecualian untuk Dropbox atau menyenarai putih https://www.dropbox.com.
Walau bagaimanapun, tidak semua sambungan menyokong fungsi ini.