Buang akses anda daripada fail dan folder yang dikongsi terus dengan anda
Jika seseorang menambah anda terus ke fail atau folder, anda boleh membuang akses anda sendiri daripada halaman Kongsian , halaman pratonton fail, atau semasa menyemak imbas fail dan folder.
Daripada halaman Kongsian
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik (pilihan tambahan) di sebelah fail atau folder.
- Klik Buang saya.
- Klik Buang akses saya untuk mengesahkan.
Item dibuang daripada halaman Dikongsi anda.
Daripada tetingkap Urus kebenaran
- Log masuk ke dropbox.com.
- Buka fail atau folder.
- Klik (pilihan tambahan) di sebelah fail atau folder.
- Klik Urus kebenaran.
- Cari nama anda dalam senarai orang.
- Klik juntai bawah di sebelah tahap kebenaran anda.
- Klik Buang akses saya.
- Klik Buang akses saya sekali lagi untuk mengesahkan.
Selepas anda membuang akses anda, fail atau folder dibuang daripada akaun anda melainkan anda masih mempunyai akses melalui sumber lain.