Jika anda seorang pentadbir akaun pasukan, anda boleh mengawal pautan kongsian yang dicipta oleh ahli pasukan daripada akaun pasukan anda.
Perhatian: Pentadbir hanya boleh menguruskan pautan kongsian yang dicipta oleh ahli pasukan. Jika rakan niaga luaran diberikan akses kepada fail atau folder, mereka boleh mencipta pautan kongsian yang tidak boleh diuruskan oleh pentadbir pasukan anda. Pastikan pasukan anda hanya berkongsi fail dan folder dengan orang yang dipercayai.
Buang pautan kongsian dari halaman pratonton
- Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Buka fail yang ingin dihapuskan pautan kongsiannya.
- Klik “…” (elipsis) di sudut atas kanan.
- Klik Buang pautan.
- Dalam tetingkap timbul, klik Hapus untuk mengesahkan.
Sebaik sahaja anda membuang pautan kongsian, ahli pasukan akan menerima pemberitahuan e-mel yang memaklumkan mereka tentang pautan yang telah dibuang, dan kandungan kongsian tidak lagi akan boleh diakses melalui pautan itu.
Buang pautan kongsian dari Konsol Pentadbir
- Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Daftar masuk sebagai pengguna yang mencipta pautan itu.
- Selepas mendaftar masuk sebagai pengguna itu, klik Dikongsi.
- Klik tab Pautan.
- Klik "…" (elipsis) pada pautan yang ingin dibuang.
- Dalam tetingkap timbul, klik Hapuskan pautan untuk mengesahkan.