Artikel ini membincangkan aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S (turut dipanggil Dropbox dalam mod S), satu versi Dropbox Universal Windows Platform yang dijalankan pada telefon, komputer, tablet, dan Xbox. Lihat jika peranti anda menyokong Windows 10 dalam mod S.
- Perhatian: Ini berbeza daripada aplikasi Dropbox untuk komputer Windows (Windows 7, 8, 8.1, dan 10 bukan dalam mod S)
- Jika anda sedang menggunakan Windows 10 dalam mod S, dan anda ingin menggunakan versi ini pula, anda boleh gunakan Windows 10 dengan mematikan mod S pada peranti anda
Bagaimana untuk memasang aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S?
Anda hanya boleh memasang aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S dari Microsoft Store.
Bagaimanakah aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S menyimpan fail saya?
Aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S tidak menyimpan fail dan folder secara aktif pada peranti anda. Ia membenarkan anda untuk mengakses fail dan folder yang disimpan dalam akaun Dropbox anda apabila anda bersambung ke internet, ataupun jika anda memilih untuk menyimpannya pada peranti anda untuk tujuan akses luar talian. Ia berfungsi sama seperti aplikasi mudah alih Dropbox yang lain (walaupun semasa anda menggunakannya pada komputer).
- Jika peranti anda menjalankan Windows 10 dalam mod S dan anda ingin menyimpan fail dan folder anda secara aktif pada peranti anda, anda boleh gunakan Windows 10 dengan mematikan mod S pada peranti anda dan kemudian memuat turun aplikasi Dropbox untuk Windows 10
Ada soalan tentang aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S?
Aplikasi Dropbox untuk Windows 10 dalam mod S mempunyai banyak ciri yang sama seperti aplikasi mudah alih Dropbox dan dropbox.com. Jika anda ada pertanyaan atau sedang mengalami masalah dengan aplikasi Dropbox mod S, kami syorkan anda mencari dalam pusat bantuan untuk artikel berkenaan platform tersebut. Boleh jadi jawapan kepada masalah anda adalah sama.