Aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite)

Artikel ini membincangkan aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S (juga dipanggil Dropbox Lite) yang hanya tersedia untuk Windows 10 atau lebih baru. Windows dalam mod S ialah Universal Windows Platform yang dijalankan pada telefon, komputer, tablet dan Xbox. Lihat sama ada peranti anda menyokong Windows dalam mod S atau tidak.

  • Perhatian: Ini berbeza daripada aplikasi Dropbox untuk komputer Windows (Windows 8, 8.1, 10 dan 11 bukan dalam mod S)

Bagaimanakah cara memasang aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S? 

Anda hanya boleh memasang aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite) daripada Microsoft Store.

Bagaimanakah aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S menyimpan fail saya?

Aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite) tidak menyimpan fail dan folder secara aktif pada peranti anda. Ia membenarkan anda mengakses fail dan folder yang disimpan dalam akaun Dropbox anda apabila anda bersambung ke Internet, ataupun jika anda memilih untuk menyimpannya pada peranti untuk tujuan akses luar talian. Ia berfungsi sama seperti aplikasi mudah alih Dropbox yang lain (walaupun semasa anda menggunakannya pada komputer).

Ada soalan tentang aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S?

Aplikasi Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite) mempunyai banyak ciri yang sama seperti aplikasi mudah alih Dropbox dan dropbox.com. Jika anda ada pertanyaan atau mengalami masalah dengan aplikasi Dropbox Lite, kami syorkan anda cari dalam pusat bantuan tentang artikel berkenaan platform tersebut. Boleh jadi jawapan kepada masalah anda adalah sama. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan