Jika belum ada, muat turun aplikasi mudah alih Dropbox untuk eksport yang lebih mudah.
Untuk mengeksport fail daripada aplikasi mudah alih Dropbox:
- Lancarkan aplikasi Dropbox.
- Tekan … (elipsis) di sebelah atau bawah fail yang ingin dieksport.
- Tekan Eksport.Senarai aplikasi yang boleh membuka fail itu akan muncul. Pilih aplikasi yang anda mahu gunakan untuk membuka fail.
Perhatian: Sebaik sahaja anda mengeksport fail ke aplikasi lain, sebarang perubahan terhadap fail tersebut mungkin tidak akan disimpan kembali ke Dropbox anda kecuali aplikasi itu berintegrasi dengan Dropbox.