Di manakah apl Dropbox pada iPhone atau iPad saya?
Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox pada peranti iOS.
Jika anda telah memuat turun apl mudah alih Dropbox pada iPhone atau iPad anda, tetapi tiba-tiba mendapati apl itu hilang, kemungkinan besar apl telah dipindahkan ke dalam folder pada peranti anda.
Cara mencari apl Dropbox pada peranti iOS anda
Untuk mencari apl Dropbox atau mana-mana apl lain pada iPhone atau iPad anda, anda boleh menggunakan ciri Carian Apple. Untuk berbuat demikian:
- Leret ke bawah pada skrin utama, dan cari "Dropbox."
- Anda akan ditunjukkan senarai hasil carian — jika apl berada dalam folder, nama folder akan muncul di sebelah kanan apl.
Mungkin Dropbox masih ada pada peranti anda tetapi mungkin telah dihapuskan daripada skrin utama anda.
Untuk mencari apl tersebut, teruskan menyeret dari kanan ke kiri pada skrin utama anda sehingga Pustaka Apl dibuka. Tatal untuk mencari Dropbox atau taip “Dropbox” dalam bar carian.
Masih tidak menjumpai apl Dropbox pada iPhone atau iPad anda?
Jika anda telah mengikuti langkah di atas tetapi anda masih tidak menjumpai apl Dropbox pada iPhone atau iPad anda, mungkin apl itu telah dihapuskan.
Dropbox adalah perkhidmatan awan, bermakna semua fail anda masih akan berada di sana apabila anda memasang semula aplikasi mudah alih dan log masuk. Ketahui cara memasang semula apl Dropbox iOS.