Mengintegrasi Dropbox Paper dengan Dropbox

Paper adalah produk Dropbox. Anda perlukan akaun Dropbox untuk mengakses Paper. Paper tersedia kepada semua pelanggan Dropbox.

Perhatian: Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, pentadbir anda mungkin telah melumpuhkan Paper. Hubungi pentadbir anda jika anda boleh mengakses Paper.

Adakah dokumen Paper dikira terhadap kuota simpanan Dropbox saya?

Tidak buat masa ini. Buat masa ini, Dropbox Paper tidak mengehadkan bilangan dokumen yang anda boleh cipta, dan termasuk sejarah versi tanpa had tanpa mengira anda berada dalam pelan Dropbox yang mana. Walau bagaimanapun, kami boleh menyemak semula dasar ini pada masa hadapan.

Bolehkah saya mengakses dokumen Paper dari Dropbox?

Anda boleh mengakses Paper dengan mengklik tab Paper di dropbox.com atau dengan melayari paper.dropbox.com.

Jika anda tidak melihat pautan untuk Paper dan anda menggunakan Dropbox Business, pentadbir pasukan anda mungkin telah melumpuhkan Paper. Hubungi pentadbir anda untuk berbincang mengenai akses ke Paper.

Bolehkah saya mengakses fail dan folder Dropbox saya dalam Paper?

Walaupun anda tidak boleh mengakses fail dan folder Dropbox anda dalam Paper secara langsung, anda boleh memaut atau membenamkan fail dari Dropbox anda secara langsung ke dalam dokumen (sebagai contoh, fail imej atau media).

Perhatian: Anda juga boleh menyalin dan menampal URL fail atau folder ke dalam dokumen Paper dan ia akan dipautkan secara automatik.

Untuk memaut ke fail dari Dropbox anda:

  1. Klik pada satu baris kosong dalam dokumen Paper anda.
  2. Dari bar alat yang muncul di sebelah kanan, klik ikon Sisip dari Dropbox (ia nampak seperti logo Dropbox).
  3. Dalam tetingkap yang timbul, pilih fail yang anda ingin tambah ke dokumen.

Untuk memaut ke folder dari Dropbox anda:

  1. Klik pada satu baris kosong dalam dokumen Paper anda.
  2. Dari bar alat yang muncul di sebelah kanan, klik ikon Sisip dari Dropbox (nampak seperti logo Dropbox).
  3. Klik kotak rait di sebelah folder yang anda ingin pautkan.
  4. Klik Pilih.

Adakah saya perlu mendaftar masuk ke Dropbox untuk mengakses Paper?

Ya, anda perlu mendaftar masuk ke dalam Dropbox untuk mengakses Paper. Jika anda tidak mendaftar masuk ke dalam Dropbox, anda akan diminta untuk mendaftar masuk apabila anda melayari halaman utama Paper .

Adakah Paper disertakan dalam Dropbox API?

Paper API v1 membolehkan anda berkongsi, mengarkib, menghapuskan, atau mengeksport dokumen. Rakan niaga pihak ketiga boleh membina penyelesaian yang membantu pentadbir Dropbox Business memantau aktiviti pekerja, menguruskan dasar perkongsian, dan melindungi data.

Ketahui lebih lanjut tentang Paper API.

Adakah Paper mempunyai tahap keselamatan dan privasi yang sama yang saya dapat dengan Dropbox?

Paper mempunyai tahap keselamatan yang sama seperti Dropbox, dengan beberapa pengecualian untuk pasukan Dropbox Business.

Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan di Dropbox.

Jika anda seorang pengguna Dropbox Business atau Professional, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Dropbox Paper menerusi latihan maya praktikal secara percuma.

Dalam kursus 30 minit ini, seorang jurulatih akan menunjukkan anda cara menggunakan Paper bersama pasukan anda secara langsung. Anda juga akan menerima petua dan pintasan, dan belajar cara untuk menguruskan akses.

Beberapa kelas disediakan setiap minggu. Daftar sekarang.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan