Di Dropbox, keselamatan data anda adalah keutamaan tertinggi kami. Kami mempunyai pasukan keselamatan berdedikasi yang menggunakan alat-alat dan amalan kejuruteraan terbaik yang boleh didapati untuk membina dan menyelenggara Dropbox, dan anda boleh yakini bahawa kami telah melaksanakan pelbagai tahap keselamatan untuk melindungi dan menyandarkan fail anda.
Anda juga boleh memanfaatkan pengesahan dua faktor, ciri pengesahan log masuk yang anda boleh dayakan untuk menambah lapisan keselamatan lain kepada akaun anda.
Pengguna Dropbox lain tidak akan dapat melihat fail anda dalam Dropbox melainkan jika anda berkongsi pautan kepada sesuatu fail atau folder kongsian. Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian, kami mempunyai sebilangan kecil pekerja yang harus dibolehkan untuk mengakses data pengguna atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam dasar privasi kami (contohnya, apabila dikehendaki undang-undang untuk berbuat demikian). Tetapi ini adalah pengecualian yang jarang berlaku, bukan peraturan. Kami mempunyai dasar dan kawalan akses teknikal ketat yang menghalang pekerja mengakses data kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku ini. Selain itu, kami mengambil beberapa langkah keselamatan fizikal dan logik untuk melindungi maklumat pengguna daripada akses tanpa kebenaran.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana keselamatan awan Dropbox memastikan anda selamat.
Bagaimanakah Dropbox memastikan data anda selamat?
- Fail Dropbox ketika rehat disulitkan menggunakan Advanced Encryption Standard (AES) 256 bit
- Dropbox menggunakan Secure Sockets Layer (SSL)/Transport Layer Security (TLS) untuk melindungi data dalam transit antara aplikasi Dropbox dan pelayan kami
- SSL/TLS mencipta satu terowong selamat yang dilindungi oleh penyulitan Advanced Encryption Standard (AES) 128 bit atau lebih tinggi
- Aplikasi dan infrastruktur Dropbox diuji dengan kerap jika terdapat kerentanan keselamatan dan dikukuhkan untuk meningkatkan keselamatan dan melindungi daripada ancaman
- Pengesahan dua faktor tersedia untuk lapisan perlindungan tambahan semasa log masuk
- Jika anda menggunakan pengesahan dua faktor, anda boleh memilih untuk menerima kod keselamatan melalui SMS atau daripada mana-mana apl Kata Laluan Sekali Berasaskan Masa (TOTP), seperti yang disenaraikan di sini
- Fail awam hanya boleh dilihat oleh orang yang mempunyai pautan ke fail
- Pengurusan kekunci lanjutan dan penyulitan hujung ke hujung tersedia untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan
Memastikan keselamatan data yang disimpan dalam Dropbox menjadi keutamaan kami. Dropbox direka dengan berbilang lapisan perlindungan, termasuk pemindahan data, penyulitan, konfigurasi rangkaian serta kawalan tahap aplikasi dan pengguna yang selamat yang dibahagi-bahagikan pada seluruh infrastruktur yang boleh diskala serta selamat.
Akses melalui apl pihak ketiga
Sesetengah apl pihak ketiga dengan penyepaduan Dropbox akan meminta kebenaran untuk mengakses Dropbox anda. Untuk memberikan akses, anda perlu log masuk ke akaun Dropbox anda dan tekan butang Benarkan dengan jelas apabila digesa. Anda boleh melawat bahagian Apl yang dipautkan dalam tetapan akaun anda untuk menyemak apl yang anda telah berikan kebenaran dan membatalkan akses mengikut budi bicara anda.