Cara menggunakan templat Dropbox Paper

Dikemas kini Dec 01, 2023

Anda boleh menggunakan templat Paper dari Dropbox atau mencipta templat anda sendiri.

Baru dengan Dropbox? Lihat templat pelan projek Dropbox Paper.

highlight icon

Artikel ini adalah untuk pengguna Dropbox yang menggunakan keluaran Dropbox Paper lama dan bukannya keluaran Dropbox Paper 2020 baru.
 

Untuk mengetahui keluaran yang sedang digunakan:
 

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta.
  3. Layangkan tetikus ke atas Dokumen.
     
  • Jika anda nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020 yang baru.
  • Jika anda tidak nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran Paper yang lama.
     

Jika anda sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020, layari www.dropbox.com/paper/templates untuk mencari dan menggunakan templat Paper yang direka bentuk oleh Dropbox, dan menyimpan templat itu ke akaun anda di dropbox.com dengan format fail .papert.
 

Cipta templat

  1. Buka dokumen Paper yang anda ingin jadikan templat. 
  2. Klik ikon “” (elipsis).
  3. Klik Jadikan templat.

Gunakan templat untuk mencipta dokumen

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik Cipta dengan templat.
  5. Layangkan tetikus ke atas templat yang ingin digunakan, dan klik Cipta dokumen.

Sunting templat

highlight icon

Perhatian: Anda hanya boleh menyunting templat yang anda miliki. Untuk menyunting templat yang direka bentuk oleh Dropbox, cipta dokumen daripada templat tersebut dan jadikan templat untuk mempunyai pilihan menyunting.

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik Cipta dengan templat.
  5. Layangkan tetikus ke atas templat yang ingin digunakan, dan klik ikon sunting (ia kelihatan seperti pensel).

Kongsi templat

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik Cipta dengan templat.
  5. Layangkan tetikus ke atas templat yang ingin digunakan dan klik ikon sunting (ia kelihatan seperti pensel).
  6. Klik Kongsi.

Hapuskan templat

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik Cipta dengan templat.
  5. Layangkan tetikus ke atas templat yang ingin digunakan dan klik ikon sunting (ia kelihatan seperti pensel).
  6. Klik ikon “” (elipsis).
  7. Klik Hapus

 

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan