Cara menggunakan Trello dengan Dropbox

Mulai 1 Disember 2022, pilihan untuk memasang Dropbox Power-Up dalam Trello tidak lagi akan tersedia.

Power-Up akan terus tersedia untuk papan Trello sedia ada sehingga 31 Disember. Sebarang fail yang dahulunya ditambah menggunakan Dropbox Power-up masih akan dilampirkan pada kad Trello anda dalam bahagian Lampiran.

Integrasi Dropbox dan Trello membenarkan anda untuk melampirkan fail dan folder Dropbox kepada kad Trello daripada dropbox.com. Anda boleh menambah fail kepada kad Trello sedia ada atau mencipta kad Trello baharu tanpa meninggalkan Dropbox.

Setelah fail Dropbox dilampirkan kepada kad Trello, anda boleh melihat aktiviti Trello dari bahagian Aktiviti pratonton fail tersebut.

Adakah anda pentadbir Dropbox Business?

Ketahui bagaimana anda boleh menguruskan integrasi aplikasi seperti Trello untuk seluruh pasukan anda.

Sambungkan Trello ke akaun Dropbox anda

Untuk menyambungkan Trello ke akaun Dropbox anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik App Center daripada menu yang muncul.
  4. Klik Trello.
    • Jika anda tidak nampak Trello, gunakan bar carian App Center.
  5. Klik Sambung, dan ikut prom.

Lampirkan fail dan folder kepada kad Trello dari Dropbox

Untuk menambah fail atau folder ke Trello:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik kotak rait yang muncul di sebelah kiri.
  3. Klik anak panah di sebelah Kongsi di atas pratonton mini fail dalam bar sisi sebelah kanan.
  4. Klik Trello.
    • Jika anda belum menyambungkan Trello ke akaun Dropbox anda, ikut prom untuk mendaftar masuk ke Trello
  5. Layangkan tetikus ke atas kad Trello yang ingin ditambah fail, dan klik Lampir. 
    • Klik Kad anda untuk mencari kad yang anda merupakan ahlinya atau Semua kad untuk mencari semua kad yang anda ada akses kepadanya
    • Klik kad untuk melihat butiran kad itu
    • Klik Cipta kad baru untuk menambah fail kepada kad Trello baru

Putuskan sambungan Dropbox dari Trello

Untuk memutuskan sambungan Trello dari akaun Dropbox anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau ikon muka) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Klik Trello.
  6. Klik Putuskan sambungan.

Ciri-ciri Dropbox dalam Trello

Untuk menghidupkan ciri yang disenaraikan di bawah, anda perlu mendaftar masuk ke Dropbox pada pelayar yang sama seperti Trello dan memiliki Dropbox Power-Up. Dalam Trello anda boleh:

  • Lampirkan fail dan folder Dropbox kepada kad
  • Lihat pratonton mini dan pratonton lampiran Dropbox
  • Cipta pautan kongsian ke lampiran Dropbox dengan satu klik
  • Buka fail Dropbox dalam aplikasi natif

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Dropbox dan Trello dalam Pusat Bantuan Trello.

Perhatian: Jika anda seorang pengguna Dropbox untuk perniagaan dan anda mempunyai akaun kerja dan peribadi, pastikan anda mendaftar masuk ke akaun yang betul untuk melihat pratonton mini dan pratonton fail dalam Trello.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan