Cara menggunakan Zoom dengan Dropbox

Integrasi Zoom dan Dropbox membolehkan anda untuk:

  • Cipta dan sertai mesyuarat Zoom terus dari Dropbox
  • Mulakan mesyuarat Zoom dengan segera dari Dropbox
  • Bentangkan fail Dropbox dalam mesyuarat Zoom
  • Mesej tentang fail Dropbox dari Zoom
  • Simpan satu salinan rakaman dan transkrip mesyuarat Zoom secara automatik ke Dropbox

Adakah anda pentadbir pasukan Dropbox Business?

Ketahui bagaimana anda boleh menguruskan integrasi aplikasi seperti Zoom untuk seluruh pasukan anda.

Sambungkan Zoom ke akaun Dropbox anda

Untuk menyambungkan Zoom ke Dropbox, pertama sekali anda perlu menyambungkan kalendar Google atau Outlook anda ke Dropbox. Selepas kalendar anda disambungkan, ikut langkah-langkah di bawah untuk menyambungkan Zoom ke akaun Dropbox anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau ikon muka) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Di sebelah Zoom, klik Sambungkan Zoom dan ikut prom.

Sesetengah pengguna mempunyai akses kepada App Center baru. Jika anda nampak App Center di bar sisi kiri laman utama Dropbox anda, ikut arahan di bawah untuk menyambungkan Zoom ke akaun Dropbox anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik App Center.
  3. Klik Zoom.
    • Jika anda tidak nampak Zoom, gunakan bar carian App Center.
  4. Klik Sambung, dan ikut prom.

Ketahui lebih lanjut mengenai App Center.

Cipta dan sertai mesyuarat Zoom dari Dropbox

Anda boleh mencipta, menjadualkan dan menyertai mesyuarat Zoom terus dari pratonton fail Dropbox.

Mulakan mesyuarat segera Zoom dari pratonton fail dalam aplikasi desktop Dropbox

  1. Buka aplikasi desktop Dropbox.
  2. Klik nama fail yang ingin dipaparkan pratonton.
  3. Di sebelah kanan pratonton fail, klik ikon Zoom.
  4. Klik nama pengguna yang anda ingin bermesyuarat.
  5. Klik Mulakan mesyuarat.

Perhatian: Anda tidak boleh memulakan mesyuarat segera Zoom dari Dropbox jika anda menghidupkan Gunakan ID Mesyuarat Peribadi untuk mesyuarat segera dalam tetapan Zoom anda

Tambah Zoom kepada mesyuarat sedia ada dari pratonton fail di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik nama fail yang ingin dipaparkan pratonton.
  4. Di bahagian atas pratonton fail, klik gambar profil atau huruf nama orang yang akan bermesyuarat dengan anda.
  5. Klik Tambah Mesyuarat Zoom.

Sertai mesyuarat Zoom sedia ada dari pratonton fail di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik nama fail yang ingin dipaparkan pratonton.
  4. Di bahagian atas pratonton fail, klik gambar profil atau huruf nama orang yang akan bermesyuarat dengan anda.
  5. Klik Sertai Mesyuarat Zoom di sebelah mesyuarat yang ingin disertai.

Bentangkan fail Dropbox dalam mesyuarat Zoom

Untuk membentangkan fail Dropbox dalam mesyuarat Zoom:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Layangkan tetikus ke atas fail yang ingin dibentang dan klik anak panah di sebelah Kongsi.
  4. Klik Zoom
  5. Klik Masukkan ID Mesyuarat Zoom dan masukkan ID mesyuarat anda.
  6. Klik Bentang.

Mesej tentang fail Dropbox dalam Zoom

Untuk menghantar mesej dalam Zoom terus dari pratonton fail Dropbox di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik nama fail yang ingin dipaparkan pratonton.
  4. Di bahagian atas pratonton fail, klik gambar profil atau huruf nama seseorang yang anda ingin kongsikan fail.
    • Jika anda tidak nampak orang yang ingin dimesej, klik senarai penuh (bulatan dengan nombor padanya) dan klik orang yang ingin dimesej.
  5. Klik kawasan yang berkata Mesej dalam Zoom, dan taipkan mesej anda.
    • Jika anda tidak nampak Mesej dalam Zoom, klik anak panah ke bawah dan klik Zoom terlebih dahulu.
  6. Klik Hantar.

Salin rakaman awan Zoom ke Dropbox secara automatik

Jika anda telah menghidupkan rakaman awan dalam Zoom, anda boleh memilih untuk menyimpan rakaman mesyuarat anda secara automatik ke akaun Dropbox anda.

Dropbox akan menyalin:

Dropbox tidak akan menyalin:

  • Mesyuarat yang anda cuma hadiri tetapi tidak cipta dan anjurkan
  • Mesyuarat yang telah dirakam sebelum menghidupkan tetapan dalam Dropbox
  • Rakaman setempat dalam Zoom

Perhatian:

  • Rakaman masih akan disimpan ke awan Zoom, sama ada ciri ini dihidupkan dalam Dropbox atau tidak.
  • Jika anda pencipta dan hos mesyuarat, rakaman akan disalin ke folder Dropbox baru yang bernama “Zoom” walaupun orang lain yang memulakan rakaman itu.

Untuk menyalin rakaman awan Zoom ke Dropbox secara automatik:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau ikon muka) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Klik Zoom.
  6. Klik Sunting tetapan untuk Zoom.
  7. Tandakan kotak di sebelah Salin rakaman awan Zoom ke Dropbox.
  8. Klik Kemas kini.

Putuskan sambungan Zoom daripada akaun Dropbox anda

Untuk memutuskan sambungan Zoom dari akaun Dropbox anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau ikon muka) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Klik Zoom.
  6. Klik Putuskan sambungan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan