Anda boleh mengimport foto dan video dari Facebook ke akaun Dropbox anda menggunakan alat pemindahan data Facebook.
Untuk mengimport foto atau video dari facebook.com atau aplikasi mudah alih Facebook:
Ketahui cara untuk menghantar salinan foto dan video Facebook anda di pusat bantuan Facebook.
Setelah pemindahan selesai, foto dan video yang anda import akan disimpan di dalam satu folder baru dalam akaun Dropbox anda. Untuk mencari folder di dropbox.com:
Adakah foto dan video saya masih tersedia di Facebook?
Ya. Proses Pemindahan Data Facebook akan mencipta salinan fail anda dan menyimpannya dalam akaun Dropbox anda. Semua foto dan video anda masih akan tersedia di Facebook.
Adakah foto dan video Facebook baru akan disandarkan secara automatik ke Dropbox selepas saya menyediakan pemindahan?
Tidak. Proses pemindahan ini merangkumi semua foto atau video yang wujud dalam akaun Facebook anda sewaktu anda memulakan pemindahan. Untuk memastikan kandungan Facebook anda dikemas kini dalam Dropbox, anda perlu mengimport foto dan video anda secara berkala.
Adakah foto dan video akan pergi ke folder Dropbox yang sama setiap kali?
Setiap kali anda menyandarkan foto dan video Facebook anda, satu folder baru akan dicipta dalam akaun Dropbox anda di dalam folder Pemindahan Data Facebook. Folder ini akan dinamakan “Pemindahan Foto” atau “Pemindahan Video”, diikuti oleh nombor. Semua foto atau video dalam akaun Facebook anda akan disalin setiap kali anda memulakan pemindahan.
Bolehkah saya menggunakan alat pemindahan data Facebook untuk mengimport foto dan video ke akaun Dropbox Business?
Tidak. Buat masa ini, alat pemindahan data Facebook tidak boleh digunakan dengan pelan Dropbox Business.
Adakah Facebook mempunyai akses penuh kepada akaun Dropbox saya?
Tidak. Apabila anda membenarkan Pemindahan Data Facebook untuk mengakses akaun Dropbox anda, Facebook hanya akan menerima keizinan untuk menambah fail ke satu folder Dropbox yang mengandungi eksport tersebut.