Artikel ini membincangkan ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Enterprise .
Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan baru Dropbox Business.
Artikel ini membincangkan ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Enterprise .
Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan baru Dropbox Business.
Kawalan rangkaian adalah satu ciri keselamatan dan akses yang disediakan kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Enterprise. Dengan ciri ini, pentadbir IT boleh menguruskan akaun Dropbox mana yang boleh digunakan dalam rangkaian korporat mereka. Menggunakan proksi atau vendor CASB anda, anda boleh menentukan akaun ahli pasukan mana yang boleh mendaftar masuk dan menyelaras melalui dropbox.com atau aplikasi desktop Dropbox.
Kawalan rangkaian tersedia secara eksklusif kepada pasukan Enterprise. Pentadbir boleh menyediakan kawalan rangkaian untuk membantu menguruskan cara ahli pasukan mereka mengakses Dropbox.
Untuk menyediakan kawalan rangkaian, hubungi pengurus akaun Dropbox untuk akaun Enterprise anda. Mereka boleh memberi anda akses awal kepada ciri ini dan arahan terperinci berkenaan penyediaan.
Setelah pengurus akaun Dropbox untuk akaun Enterprise anda memberi anda akses awal, ikut arahan ini untuk bermula:
Ketahui lebih lanjut tentang domain yang digunakan oleh Dropbox secara rasmi.
Sekarang Dropbox akan menyekat trafik yang tidak berkaitan dengan pasukan Enterprise yang betul.
Perhatian: Jika apl desktop Dropbox tidak dikemas kini secara automatik selepas anda hidupkan kawalan rangkaian, tambah kekunci pendaftaran berikut dengan sebarang nilai [HKLM\SOFTWARE\Dropbox\IgnoreUnknownRevocationErrors]. Kekunci pendaftaran ini hanya berfungsi jika kawalan rangkaian sudah dihidupkan.
Walaupun terdapat banyak proksi atau pembekal broker keselamatan akses awan (CASB) pilihan, kami telah mengesahkan bahawa pembekal berikut akan menyokong Dropbox pada masa ini:
Jika anda ahli pasukan Enterprise dan anda mengalami masalah untuk mengakses Dropbox, hubungi bantuan IT syarikat anda.
Jika anda bukan ahli pasukan Enterprise dan anda mendapat ralat Kini syarikat anda menguruskan trafik Dropbox, hubungi sokongan Dropbox.