Bolehkah saya mempunyai beberapa akaun Dropbox?

Ya, anda boleh memiliki beberapa akaun Dropbox. Anda memerlukan alamat e-mel yang berlainan bagi setiap akaun. 

Perhatian: Ruang storan akan kekal berasingan bagi setiap akaun. 

Cara menggunakan beberapa akaun pada satu komputer

Jika anda ada satu akaun Dropbox Business dan satu akaun Basic, Professional, atau Plus, anda boleh mendaftar masuk ke kedua-dua akaun pada peranti yang sama dan bertukar antara kedua-duanya dengan mudah. Ketahui bagaimana untuk bertukar antara beberapa akaun

Jika anda ada beberapa akaun Dropbox Basic, Plus, atau Professional, anda mesti log keluar dari satu akaun dan mendaftar masuk ke akaun satu lagi.

Untuk kumpulan atau keluarga yang berkongsi komputer yang sama dan memiliki beberapa akaun Dropbox, anda boleh menggunakan akaun Dropbox yang berbeza bagi setiap log masuk pengguna pada komputer anda. 

Cara memeriksa jika anda telah memautkan akaun anda

Untuk memeriksa jika anda telah memautkan akaun peribadi anda ke akaun Dropbox Business anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Lihat di bahagian bawah kiri halaman. Jika anda melihat nama syarikat anda, anda mempunyai akaun pasukan. Jika anda melihat Peribadi, anda mempunyai akaun peribadi.

Cara berkongsi fail antara beberapa akaun Dropbox

Jika anda perlu mengalihkan fail antara akaun, anda boleh berbuat demikian dengan mencipta folder kongsian. Ketahui bagaimana untuk mengalihkan fail antara akaun Dropbox anda.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan