Artikel ini menerangkan ciri yang tersedia untuk semua pelanggan Dropbox, melainkan dinyatakan sebaliknya.
Anda boleh bertukar antara dua akaun Dropbox yang dipautkan di dropbox.com, apl desktop Dropbox dan apl mudah alih Dropbox. Ketahui cara memaut dan menyahpaut akaun Dropbox.
Anda mestilah log masuk ke kedua-dua akaun Dropbox yang dipautkan dalam sesi web atau apl yang anda gunakan untuk bertukar antara akaun anda.
Jika akaun anda tidak dipautkan, anda masih boleh bertukar ke akaun Dropbox yang lain pada sebarang peranti dengan log keluar dari satu akaun dan log masuk ke akaun yang satu lagi.
Jika anda ingin menukar alamat e-mel akaun Dropbox anda, layari artikel ini.
Anda mestilah mempunyai dua akaun Dropbox yang dipautkan untuk bertukar antara akaun menggunakan arahan ini. Ketahui cara memaut dan menyahpaut akaun Dropbox.
Anda tidak perlu bertukar antara akaun yang dipautkan dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac). Setelah anda pautkan dan log masuk ke kedua-dua akaun dalam apl, kedua-dua folder akaun Dropbox boleh dibuka dari mana-mana jua anda menyimpan folder itu dalam File Explorer atau Finder.
Untuk menukar akaun dalam bar tugas atau bar menu anda:
Ya, terima kasih!
Tidak juga
Let us know how why it didn't help:
Thanks for letting us know!
Terima kasih atas maklum balas anda!
Terokai had peranti untuk pelan Dropbox anda, tindakan yang perlu dilakukan jika had peranti telah dicapai, dan cara pentadbir boleh menguruskan had peranti untuk pasukan mereka.
Jika anda telah memautkan beberapa akaun Dropbox pada satu komputer, Dropbox akan menggunakan laluan folder untuk mengasingkan akaun-akaun tersebut. Ketahui cara laluan folder berfungsi.
Anda boleh bertukar antara dua akaun Dropbox dengan mudah di mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Ketahui cara memaut dan menyahpaut dua akaun Dropbox.
Adakah anda perlu menukar alamat e-mel pada akaun Dropbox anda? Ketahui cara menukar alamat e-mel yang dipautkan kepada akaun peribadi dan kerja anda.