Cara menaik taraf akaun anda
Jika anda mempunyai akaun Dropbox Basic, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Plus untuk mendapatkan 2 TB ruang simpanan. Untuk 3 TB ruang simpanan, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Professional atau Essentials.
Jika anda mempunyai akaun Plus atau Professional dan bekerjasama dengan dua orang atau lebih ramai rakan sekerja, anda mungkin mahu menaik taraf kepada akaun pasukan Dropbox, yang bermula daripada ruang simpanan 5 TB.
Cara membeli tambahan ruang simpanan
Pentadbir Dropbox pada akaun Standard, Advanced, Business, atau Business Plus boleh membeli ruang simpanan tambahan dalam kenaikan 1 TB, sehingga maksimum 1,000 TB (termasuk ruang yang diperuntukkan daripada pengguna/lesen). Ruang simpanan tambahan ini dikumpulkan untuk seluruh pasukan.
Pengguna Plus, Professional, atau Essentials boleh membuat pembelian sekali sahaja untuk simpanan 1 TB.