Adakah menyertai folder kongsian akan diambil kira dalam ruang storan saya?

Dikemas kini Nov 07, 2024

Saiz folder kongsian akan diambil kira dalam kuota setiap ahli folder itu, melainkan setiap orang berada dalam pasukan Dropbox Standard, Advanced atau Enterprise atau pelan Dropbox Family yang sama. Untuk pasukan Standard, Advanced, dan Enterprise serta pelan Family, saiz folder kongsian hanya diambil kira sekali dalam kuota kongsian.

Untuk semua pengguna lain, kuota simpanan Dropbox anda dikira dengan menambah jumlah data di dalam folder Dropbox anda, termasuk semua folder kongsian dan fail yang dikumpul daripada permintaan fail. Hasilnya, pemilik akaun Dropbox Basic 18 GB (2 GB + simpanan bonus yang diperolehi melalui rujukan) tidak akan dapat bekerjasama di dalam folder kongsian yang lebih besar daripada 18 GB. Salah satu sebab polisi ini wujud adalah untuk mencegah orang daripada memberikan ruang tanpa had kepada diri sendiri dengan menindihkan akaun Basic dengan folder kongsian.

Jika anda perlukan lebih banyak ruang, pertimbangkan untuk menaik taraf kepada Dropbox Plus, Family atau Professional.
 

Akaun pasukan Dropbox

Dropbox Standard, Advanced dan Enterprise direka bentuk untuk projek, kumpulan dan organisasi lain yang mahu berkongsi kuota storan Dropbox yang sama dengan semua ahli.

Jika anda berada dalam akaun pasukan Dropbox dan anda berkongsi folder dengan orang lain dalam pasukan, folder kongsian itu hanya akan menggunakan kuota storan agregat pasukan. Walau bagaimanapun, jika anda berkongsi folder dengan seseorang di luar pasukan anda, folder itu akan menggunakan ruang pasukan anda dan ruang akaun orang yang berkongsi dengan anda.

Lebih lanjut tentang Dropbox Standard, Advanced dan Enterprise.

Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan