Cara menyunting permintaan fail
Anda boleh menyunting sebarang permintaan terbuka.
Untuk menyunting permintaan fail selepas dicipta:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik Dibuka di sudut atas kanan.
- Klik nama permintaan yang ingin disunting.
- Sunting Tajuk dan Penerangan permintaan anda. Anda juga boleh menukar atau menghapuskan kata laluan dan menukar folder tempat fail-fail dihantar.
- Perhatian: Pelanggan Dropbox Professional, Essentials, Business, Business Plus, Standard, Advanced dan Enterprise juga boleh menambah atau mengemas kini tarikh akhir.
- Setelah anda mengemas kini maklumat anda, klik Simpan.
Cara menutup permintaan fail
Anda boleh tutup permintaan fail apabila anda ingin berhenti menerima fail. Setelah permintaan fail ditutup, orang yang ada pautan jemputan tidak akan dapat memuat naik fail ke akaun Dropbox anda melainkan anda membuka semula permintaan tersebut.
Untuk menutup permintaan fail:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik Dibuka.
- Klik nama permintaan fail yang ingin ditutup.
- Klik Tutup permintaan. Anda boleh melihat permintaan tertutup pada tab Ditutup.