Muat naik perlahan: cara untuk memperbaiki kelajuan penyelarasan anda

Dropbox bijak menggunakan lebar jalur. Secara lalai, aplikasi hanya akan menggunakan sebanyak boleh lebar jalur tanpa mengganggu penggunaan internet biasa anda. Dropbox akan mempercepatkan muat naik secara automatik untuk mencegah sebarang kelembapan semasa melayari internet. Muat turun dilakukan pada kelajuan muat turun terpantas yang boleh didapati.

Walau bagaimanapun, anda boleh menyesuaikan tetapan penggunaan lebar jalur ini secara manual. Untuk berbuat demikian:

  1. Klik ikon Dropbox dari dulang sistem atau bar menu (atau klik kanan, pada Linux).
  2. Klik gambar profil anda atau huruf nama anda (Windows dan Mac), kemudian pilih Keutamaan...
  3. Klil Lebar jalur (Windows atau Linux).
    • Pada Mac, klik Rangkaian dan kemudian klik Ubah tetapan... di dalam bahagian Lebar Jalur.
  4. Anda boleh mengubah suai tetapan lebar jalur secara manual dengan butang di sebelah Had kepada di bawah bahagian Kadar muat turun atau Kadar muat naik. Masukkan kadar yang anda inginkan untuk meneruskan. Jika anda inginkan kadar paling laju yang mungkin, klik butang di sebelah Jangan hadkan.

Perhatian:

  • Kadar ditetapkan dalam kilobait sesaat.
  • Menetapkan Kadar muat naik anda kepada Jangan Hadkan atau yang lebih tinggi daripada kemampuan sambungan anda mungkin akan menyebabkan semua aktiviti Internet anda yang lain menjadi sangat perlahan.
  • Jika anda seorang pengguna Dropbox Business, dan anda mendaftar masuk ke kedua-dua akaun peribadi dan kerja pada komputer anda, keutamaan rangkaian akan diguna pakai untuk kedua-dua akaun.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Mengapakah kelajuan penyelarasan saya berubah?

Penyelarasan secara amnya merujuk kepada menyediakan fail pada semua komputer anda, telefon, tablet dan di dropbox.com. Bergantung kepada peranti dan fail apa yang anda kerjakan, penyelarasan boleh melibatkan memuat naik dan memuat turun data antara pelayan storan Dropbox dan peranti anda.

Untuk fail menyelaras ke Dropbox, ia dimuat naik dari peranti anda kepada pelayan kami. Penyelarasan Dropbox berfungsi dengan bijak untuk memaksimumkan kelajuan muat naik; walau bagaimanapun, kelajuan muat naik bergantung kepada Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) anda, bukan Dropbox.

Untuk mengukur sambungan anda pada peranti tertentu dan pada masa yang tertentu, anda boleh menggunakan ujian kelajuan (terdapat banyak alat percuma dalam talian). Kelajuan muat naik yang lebih tinggi bermakna penyelarasan yang lebih cepat, dan kelajuan muat turun yang lebih tinggi bermakna muat turun dan penstriman yang lebih cepat. Anda boleh menggunakan kelajuan muat naik yang diukur menggunakan ujian kelajuan untuk menganggarkan berapa lama masa yang diambil untuk menyelaraskan fail tertentu.

Nota penting:

  • Aplikasi lain pada komputer anda juga akan menggunakan lebar jalur. Menjalankan beberapa aplikasi sekaligus juga boleh menjejaskan kelajuan penyelarasan Dropbox.
  • Kelajuan muat naik dan muat turun mungkin berbeza dalam pakej yang ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan internet. Jika anda pernah perasan bahawa memuat turun dan strim dalam Dropbox lebih cepat daripada memuat naik fail, maka anda mengalami kelajuan muat turun yang lebih cepat berbanding kelajuan muat naik.
  • Kelajuan ISP yang dilaporkan adalah maksimum secara teori—sambungan sebenar yang anda alami mungkin lebih perlahan daripada yang diiklankan oleh pakej internet anda.
  • Kelajuan muat turun dan muat naik dilaporkan secara berasingan oleh ISP dan ujian kelajuan dalam Mb/s (megabit sesaat), manakala aplikasi desktop Dropbox melaporkan kelajuan muat naik dan muat turun digabungkan dalam kB/s. Sila ambil perhatian bahawa kelajuan penyelarasan yang dilaporkan oleh aplikasi desktop Dropbox mungkin tidak sepadan dengan kelajuan yang dilaporkan oleh ujian kelajuan.

Kependaman dan penyelarasan kelajuan

Kependaman mengukur masa tindak balas di antara peranti anda dan pelayan perkhidmatan, yang bermaksud bahawa jarak adalah penting untuk dipertimbangkan apabila mengukur kependaman. Kerana ia bergerak dari peranti ke pelayan, data mesti melaksanakan pelbagai lompatan, dan lebih banyak lompatan akan meningkatkan kependaman. Semakin jauh anda dari pelayan penyimpanan Dropbox, semakin lama tempoh kependaman yang anda akan alami. Kependaman dapat menjelaskan perbezaan yang anda mungkin lihat antara kelajuan muat naik dalam ujian kelajuan dan kelajuan muat naik Dropbox sebenar anda.

Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada kelajuan penyelarasan

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, yang berikut juga memainkan peranan dalam kelajuan penyelarasan:

  • Bentuk Trafik/Paket dan had Lebar jalur : ISP dan organisasi lain menetapkan had ke atas jumlah trafik rangkaian yang diperuntukkan kepada perkhidmatan atau untuk mengutamakan lebar jalur untuk perkhidmatan tertentu daripada yang lain.
  • Kesesakan Rangkaian: Terlalu banyak trafik pada rangkaian tertentu (kesesakan) memberi kesan kepada kelajuan sambungan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan