Mengapakah fail Dropbox yang saya edit menggunakan apl Office tidak disegarkan dengan betul pada iOS?
Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.
Setelah anda selesai menyunting fail Dropbox di dalam apl Office, simpan perubahan anda dan tekan butang kembali. Anda akan kembali ke Dropbox. Apl Dropbox akan menyegarkan fail dan memaparkan suntingan terkini anda.
Walau bagaimanapun, jika anda nampak mesej yang mengatakan anda perlu menyemak kembali tidak lama lagi, ini bermakna kami tidak dapat memaparkan kemas kini dengan segera. Anda juga boleh menunggu sehingga skrin menunjukkan fail yang dikemaskini, atau anda boleh buka ia semula di dalam Office menggunakan butang Sunting untuk melihat atau terus menyunting.
Kadang-kadang, Office mungkin tidak dapat memuat naik secara latar belakang selepas anda kembali ke apl Dropbox (contohnya, jika fail terlalu besar atau disunting oleh orang lain semasa anda sedang menyunting). Jika ini terjadi, buka apl Office terus daripada skrin utama anda dan tekan tab Buka untuk mengesahkan sama ada fail telah dimuat naik. Setelah dimuat naik, anda boleh menekan ikon Eksport di sebelah nama fail di dalam Office dan kemudian Buka di Dropbox untuk melihat fail menggunakan apl Dropbox.