Metadata adalah maklumat yang anda dapat lihat mengenai fail. Ia termasuk maklumat seperti tarikh fail anda dicipta dan saiz fail.
Untuk melihat metadata fail anda:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Layangkan tetikus ke atas fail dan klik kotak rait.
- Maklumat fail ada dalam anak tetingkap butiran bar sisi sebelah kanan. Jika metadata tidak dipaparkan, klik anak panah atau butang Maklumat dalam bar sisi sebelah kanan.
Dalam anak tetingkap butiran, anda akan melihat jenis maklumat yang berlainan, bergantung pada jenis fail yang sedang dipratonton. Semua fail memaparkan metadata berikut:
- Lokasi fail (Disimpan dalam)
- Tarikh terakhir fail diubah suai (Diubah suai)
- Saiz fail dalam bait (Saiz)
- Jenis fail (Jenis)
Metadata khas fail
Sesetengah jenis fail memaparkan metadata tertentu selain daripada metadata asas yang disenaraikan di atas. Untuk maklumat lanjut, rujuk senarai metadata mengikut jenis fail di bawah.
Fail imej:
- Apertur
- Artis
- Pengeluar kamera
- Model kamera
- Kapsyen
- Kategori
- Profil warna
- Hak cipta
- Pencipta
- Kredit
- Tarikh dicipta
- Keterangan
- Dimensi
- Bintik per inci
- Bintik per sentimeter (DPCM)
- Denyar
- Jarak fokus
- Isi Utama
- ISO
- Kata kekunci
- Model kanta
- URL Pemberi Lesen
- Metering
- Orientasi
- Terma penggunaan hak cipta
- Laju pengatup
- Tajuk
- Imbang putih
Fail Microsoft Office:
- Tajuk
- Notis Hak Cipta
- Nombor Semakan
- Halaman
- Perenggan
- Perkataan
- Aksara