Pratonton fail membolehkan anda melihat, menulis komen dan berkongsi fail tanpa memuat turun. Anda juga boleh menyunting PDF dan imej semasa pratontonnya. Ketahui lebih lanjut tentang menyunting PDF dalam Dropbox.
Untuk memaparkan pratonton fail di dropbox.com atau pada aplikasi mudah alih, klik nama fail. Di situ anda akan melihat komen, aktiviti dan maklumat lain tentang fail.
Semasa melihat pratonton fail-fail dalam folder, anda boleh menavigasi antara fail tersebut dengan mengklik anak panah pada sisi skrin di dropbox.com, atau dengan menyeret ke kiri atau kanan pada aplikasi mudah alih Dropbox untuk iOS.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.
Kenapa saya cuma nampak halaman pertama fail saya?
Jika anda sedang cuba melihat pratonton salah satu jenis fail yang berikut, anda cuma akan dapat melihat pratonton halaman pertama atau kerangka fail anda. Anda akan dapat melihat kesemua halaman jika anda memuat turun dan membuka fail itu.
- .numbers
- .pages
- .key
- .kth
Mengapa tarikh dimuat naik pada fail saya lebih terkini berbanding tarikh diubah suai?
Dropbox akan memelihara tarikh fail anda diubah suai apabila anda memuatnaiknya menerusi aplikasi desktop Dropbox. Contohnya, ini boleh berlaku jika anda kali terakhir mengubah suai fail pada 3 bulan lepas tetapi memuat naik fail semalam.