Jika anda menghadapi mesej ralat semasa cuba untuk melihat pratonton fail, teruskan membaca untuk mencari penjelasan di sebalik mesej yang anda lihat dan cara membaikinya.
Jika anda menghadapi mesej ralat semasa cuba untuk melihat pratonton fail, teruskan membaca untuk mencari penjelasan di sebalik mesej yang anda lihat dan cara membaikinya.
Bahagian dalam artikel ini:
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda nampak mesej ralat fail [jenis fail] tidak boleh dipratonton, ini kerana Dropbox tidak mengenali jenis fail itu. Dropbox boleh memaparkan pratonton banyak jenis fail. Jika anda nampak ralat ini, maka jenis fail ini tidak disokong.
Cara membaikinya:
Jika mesej ralat ini keluar, muat turun dan buka fail itu pada komputer atau telefon anda untuk melihatnya.
Perhatian: Pratonton akan dihasilkan hanya untuk jenis fail yang tersedia untuk pemilik fail. Sebagai contoh, jika pengguna pelan Basic berkongsi fail .mxf dengan seorang pengguna Pelan Professional, pengguna yang menggunakan pelan Professional tersebut tidak akan dapat melihat pratonton, walaupun pelan Professional seharusnya membenarkan pratonton untuk jenis fail itu. Lihat artikel ini untuk jenis fail yang disokong oleh setiap pelan Dropbox.
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda nampak mesej ralat Fail ini terlalu besar untuk dipratonton, ini kerana Dropbox menetapkan had pada saiz fail yang boleh dipratonton. Fail yang anda sedang cuba pratonton melebihi had ini.
Cara membaikinya:
Jika anda nampak mesej ralat ini, buka atau muat turun fail itu untuk melihatnya.
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda nampak mesej ralat Fail ini dilindungi kata laluan, fail yang sedang cuba dipratonton memerlukan kata laluan untuk dilihat. Banyak aplikasi (contohnya, Microsoft Word atau Adobe Photoshop) membenarkan anda menetapkan kata laluan untuk fail anda. Dropbox tidak menyokong fail yang dilindungi kata laluan dalam aplikasi lain, jadi anda tidak akan dapat memaparkan pratontonnya.
Cara membaikinya:
Jika anda ingin memaparkan pratonton fail ini, buka fail dalam aplikasi asalnya dan buangkan kata laluan.
Jika anda ingin mengekalkan kata laluan, muat turun dan buka fail itu pada komputer atau telefon anda untuk melihatnya.
Dengan Dropbox Professional atau Dropbox Business, anda boleh menetapkan kata laluan dan tarikh luput untuk pautan kongsian. Ini adalah cara untuk melindungi fail dengan kata laluan tanpa menetapkan kata laluan dalam aplikasi yang anda gunakan untuk menciptanya.
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda nampak mesej ralat Fail tanpa format tidak boleh dipratonton, ini kerana fail itu tidak mempunyai imbuhan dilampirkan kepada nama fail. Imbuhan fail (atau "format") menandakan jenis fail itu, dan membantu komputer anda mengetahui aplikasi mana untuk digunakan untuk membukanya. Jika anda membuang format ini, fail tidak akan boleh dipratonton.
Contoh format fail termasuk .xlsx, .mov, dan .txt.
Cara membaikinya:
Jika anda nampak mesej ralat ini, tambah formatnya kembali kepada nama fail dan simpan sekali lagi.
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda melihat mesej yang berkata Fail sedang dimuat naik, ini kerana fail masih belum selesai menyelaras ke Dropbox. Fail perlu dimuat naik dan disimpan (atau "diselaraskan") sepenuhnya ke Dropbox sebelum ia boleh dipratonton.
Mesej ralat ini kerap berlaku dalam dua senario yang berikut:
Cara membaikinya:
Tunggu sehingga proses penyelarasan selesai sebelum cuba untuk melihat pratonton fail.
Apakah yang telah berlaku:
Jika anda melihat mesej ralat umum Fail ini tidak boleh dipratonton, terdapat beberapa kemungkinan sebab.
Cara membaikinya:
Pertama sekali, pastikan bahawa fail anda tidak rosak. Untuk melakukannya, cuba buka ia menggunakan aplikasi lain pada desktop anda. Jika fail itu tidak boleh dibuka menggunakan apl desktop yang lain, maka kemungkinan besar ia telah rosak.
Seterusnya, pastikan bahawa fail mempunyai format yang betul. Jika format salah, fail tidak akan dipratonton.
Jika anda mengesahkan bahawa fail tidak rosak dan mempunyai format yang sah, dan ia masih tidak boleh dipratonton, muat turun dan buka fail itu pada komputer anda untuk melihatnya.
Apakah yang telah berlaku:
Jika pratonton video anda tiada audio, maka fail video itu mungkin mempunyai beberapa strim audio. Dropbox tidak menyokong pratonton beberapa strim audio untuk fail video.
Jika video mempunyai beberapa strim audio, Dropbox akan cuba untuk memaparkan audio. Pratonton akan memainkan strim audio yang ditanda sebagai "lalai". Jika tiada strim audio ditandakan sebagai "lalai", strim dengan kadar bit yang tertinggi akan dipratonton. Jika video anda mempunyai beberapa strim audio "lalai", kami akan memapar pratonton strim pertama yang muncul dalam penyenaraian metadata video itu.
Bagaimanapun, kadangkala strim audio yang dipratonton mempunyai kualiti yang buruk atau tiada bunyi, dan video akan dipratonton tanpa audio.
Cara membaikinya:
Semak jika fail video anda mempunyai sama ada:
Jika anda tidak boleh mengubah strim audio, muat turun video untuk menontonnya.
Apa yang berlaku:
Dalam keadaan tertentu, anda boleh mengalami masalah memaparkan pratonton fail .txt pada telefon atau tablet. Secara khususnya, fail itu mungkin tidak dipratonton dengan betul, atau anda mungkin tidak dapat menyunting fail itu.
Jika anda mengalami mana-mana isu ini, ia barangkali disebabkan oleh aksara khas bukan Latin dalam fail. Contohnya, jika fail .txt anda mengandungi aksara daripada bahasa bukan Latin seperti bahasa Thai, pratonton fail akan nampak bercelaru pada peranti mudah alih.
Cara membaikinya:
Jika anda mengalami isu ini, sila simpan semula fail dengan pengekodan unikod UTF-8. Anda juga boleh menukar fail menggunakan penukar fail percuma dalam talian. Ini sepatutnya membaiki pratonton, dan membolehkan anda menyunting fail pada peranti mudah alih.