Cara menggunakan Dropbox lebih cepat dengan pintasan papan kekunci

Pintasan papan kekunci membantu anda menggunakan Dropbox dengan lebih pantas. Pintasan papan kekunci tersedia di dropbox.com.

Di dropbox.com, klik Fail dan tekan kekunci ? (tanda soal) untuk mengakses menu pintasan papan kekunci yang lengkap. Anda boleh melakukan tindakan berikut menggunakan pintasan papan kekunci.

  • Beralih antara fail atau folder: atau (kekunci anak panah atas dan bawah)
  • Buka fail atau folder: Enter (kekunci enter atau return)
  • Cari fail dan folder: / (kekunci lejang depan)

Perhatian: Pintasan papan kekunci hanya akan berfungsi semasa anda dalam tab Fail dropbox.com.

Pilih beberapa fail

Menggunakan pintasan papan kekunci, anda boleh memilih beberapa fail di dropbox.com.

Untuk memilih beberapa fail atau folder yang berturutan:

  1. Pilih item pertama.
  2. Tekan dan tahan Shift.
  3. Klik item terakhir.

Untuk memilih beberapa fail dan folder yang tidak berturutan:

  1. Tekan dan tahan Ctrl (control pada Windows) atau (command pada Mac).
  2. Pilih semua fail dan folder yang anda mahu.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan