Terma promosi setahun Dropbox untuk peranti Dell
Untuk PC dan tablet Dell yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar diri untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan langkah-langkah penebusan.
Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima ruang storan tambahan selama satu tempoh tetap (jumlah dan tempoh tepat ditunjukkan dalam jadual di bawah) selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma.
Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Dell sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik.
Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.