Terma promosi Dropbox untuk peranti Dynabook
Untuk komputer Dynabook yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang memenuhi kriteria yang ditentukan di atas. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima ruang storan tambahan selama satu tempoh masa tetap (jumlah dan tempoh yang tepat di atas) selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Dynabook sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak tersedia di Belarus, China, Cuba, Iran, Korea Utara, Rusia, Sudan, Syria, rantau Crimea, Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk (DNR/LNR) Ukraine, atau mana-mana negara atau rantau lain yang dilarang oleh undang-undang.