Jika peranti anda layak, cipta satu akaun Dropbox baru untuk menebus ruang anda. Promosi ini tersedia hanya kepada pengguna baru pada komputer Lenovo terpilih.
Bahagian dalam artikel ini:
100 GB ruang promosi untuk model-model terpilih peranti Lenovo adalah sah selama 6 bulan dari tarikh promosi ini ditebus.
Promosi hendaklah ditebus dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian peranti anda.
Peranti anda mungkin layak jika anda nampak prom untuk memasang Dropbox.
Tidak. Setiap akaun Dropbox boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi untuk Lenovo 100 GB selama 6 bulan lebih daripada sekali.
Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.
Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.
Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:
Ini beberapa sebab anda mungkin tidak dapat menebus ruang promosi daripada peranti anda yang layak:
Untuk mengesahkan ruang promosi anda, pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi.
Untuk memeriksa tarikh ruang bonus anda mula-mula diberikan, layari halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi. Ruang bonus akan luput dalam masa 6 bulan dari tarikh ini.
Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB dan sebarang ruang yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.
Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Plus untuk mendapat lebih banyak ruang.
Untuk komputer Lenovo yang dibeli semasa atau selepas bulan September 2020, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang mendaftar dengan Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 6 bulan dari tarikh penebusan, 100 GB ruang storan tambahan sebagai tambahan kepada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Apabila tempoh promosi 6 bulan tamat, ruang promosi 100 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.
Sebelum ini, Dropbox menyokong beberapa promosi lain untuk peranti Lenovo. Jika anda membeli peranti Lenovo sebelum bulan September 2020, anda boleh melihat salah satu promosi lebih lama disenaraikan di bawah:
Terma promosi Dropbox 30 GB untuk komputer Lenovo (promosi lepas)
Untuk komputer Lenovo yang dibeli sepanjang atau selepas bulan Januari 2017 dan mempunyai prom yang muncul dalam perisian Lenovo Now, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar dengan Dropbox, dan (b) melengkapkan 5 daripada 7 langkah dalam panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 12 bulan dari tarikh penebusan, 30 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Apabila tempoh promosi 12 bulan tamat, ruang promosi 30 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.
Terma promosi Dropbox 15 GB untuk peranti Lenovo (promosi lama)
Untuk komputer Lenovo yang mempunyai pemasang Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna peranti yang (a) pertama mendaftar untuk akaun Dropbox baru dan (b) melengkapkan panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun Dropbox menerima, selama 6 bulan, 15 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini. Promosi mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan berjenama Lenovo sebelum ini. Apabila tempoh promosi 6 bulan tamat, ruang promosi 15 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.
Terma promosi Dropbox dan Lenovo 25 GB Jepun (promosi lama)
Untuk peranti Lenovo Japan yang mempunyai pemasang aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pada peranti itu yang (a) pertama mendaftar untuk akaun Dropbox baru dan (b) melengkapkan panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun Dropbox menerima, selama 1 tahun, 25 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini. Promosi mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan berjenama Lenovo Japan sebelum ini. Setelah tempoh promosi 1 tahun tamat, ruang promosi 25 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.