Anda boleh menjemput pengguna baru ke Dropbox Capture, yang akan memberi masa rakaman tambahan kepada anda dan para jemputan.
Untuk menjemput seseorang supaya menggunakan Dropbox Capture:
- Daftar masuk ke capture.dropbox.com.
- Pergi ke capture.dropbox.com/referral.
- Masukkan alamat e-mel unik untuk orang yang ingin dijemput.
- Klik Jemput.
Selepas pengesyoran dihantar, orang yang anda syorkan akan menerima jemputan dengan pautan untuk mendaftar ke Dropbox Capture.
Selepas mendaftar, anda dan orang yang anda syorkan masing-masing akan menerima tambahan 20 minit masa rakaman. Anda akan menerima e-mel yang mengesahkan masa tambahan bagi akaun anda.