Cara Mencari Dokumen Dropbox paper

Dikemas kini Apr 24, 2025
person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.


Anda boleh mencari dokumen Paper anda, dan mana-mana dokumen yang telah dikongsi dengan anda dengan menggunakan bar carian dalam Dropbox Paper.
highlighter icon

Perhatian: Jika anda menggunakan Dropbox Paper keluaran 2020, anda boleh menemui dokumen anda menggunakan bar carian dalam Dropbox dan dengan penapis pada halaman Utama Paper.Anda boleh menapis hasil carian anda di dropbox.com mengikut jenis.

Bar carian mencari teks lengkap dokumen Paper. Untuk mencari sebarang dokumen yang ada, anda boleh mencari:

  • Tajuk atau nama dokumen
  • Kandungan di dalam dokumen
  • Nama ahli pasukan, untuk melihat semua dokumen yang telah mereka cipta

     

Untuk mengakses carian:

  1. Klik  (cari) dalam mana-mana dokumen.
  2. Mula menaip dalam bar carian. Semua dokumen yang sepadan akan dipaparkan.

     

Untuk mengakses Utama Paper daripada dropbox.com:

  1. Klik (susunan grid padat) di bar sisi kiri.
  2. Klik Paper.

     

Untuk megakses Paper Home daripada mana-mana dokumen Paper, klik di sebelah tajuk dokumen di kiri atas halaman.


Untuk mencari mana-mana dokumen yang tersedia di Paper Home, anda boleh menapis mengikut:

  • Nama orang yang terakhir mengemas kini dokumen
  • Dokumen yang anda cipta
  • Dokumen yang dibintangkan

Anda boleh memulakan carian baharu dengan mengklik Kosongkan penapis.

 

Cara mencari teks dalam dokumen Paper


Anda juga boleh mencari perkataan atau frasa tertentu dalam dokumen Paper yang terbuka. 

Untuk membuat carian dalam dokumen di dropbox.com:

  1. Tekan control-F (Windows) atau command-F (Mac).
  2. Taip perkataan atau frasa ke dalam bar carian.

Untuk mencari dalam dokumen pada aplikasi Paper iPhone/iPad:

  1. Ketik  (pilihan tambahan) di sudut kanan atas.
  2. Tekan Cari dalam dokumen.
  3. Taip perkataan atau frasa dalam bar carian.

Untuk mencari dalam dokumen pada aplikasi Paper Android:

  1. Ketik  (pilihan tambahan) di sudut kanan atas.
  2. Tekan Cari dalam dokumen.
  3. Taip perkataan atau frasa dalam bar carian.
Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan