Alihkan fail antara dua akaun Dropbox

Cara termudah untuk memindahkan fail di antara akaun-akaun ialah melalui folder kongsian.

Pengguna Dropbox Business: Ketahui bagaimana untuk mengalihkan fail antara dua akaun anda.

Daripada akaun pertama anda...

  1. Daftar masuk ke akaun yang mempunyai fail yang anda ingin alihkan.
  2. Cipta folder kongsian dan jemput akaun kedua anda.
  3. Pindahkan fail secara manual dengan menyeret dan melepaskannya ke dalam folder kongsian yang baru dicipta.
  4. Daftar keluar daripada akaun ni.

Dari akaun kedua anda…

  1. Daftar masuk ke laman web Dropbox menggunakan alamat e-mel akaun kedua anda.
  2. Di sebelah kiri, klik Fail dan kemudian klik Berkongsi
  3. Layangkan tetikus ke atas folder yang anda baru sahaja kongsi dan klik Tambah
  4. Klik Fail dan cari folder kongsian yang baru sahaja ditambah. Kini anda boleh mengalihkan fail dari folder kongsian itu ke tempat-tempat lain dalam akaun Dropbox anda.
  5. Apabila fail dialih keluar dari folder kongsian, ia tidak lagi boleh diakses dari akaun pertama.

Petua: Anda boleh memilih untuk meninggalkan folder kongsian tersebut atau membiarkannya mana tahu anda perlu bertukar-tukar fail antara akaun sekali lagi.

Ambil perhatian tentang mengalihkan folder kongsian

Jika anda sudah mempunyai folder kongsian dalam satu akaun dan mahu mengaksesnya dari akaun satu lagi, jangan cipta folder kongsian yang baru. Sebaliknya, jemput akaun anda yang satu lagi untuk menyertai folder kongsian sedia ada itu. Jika tidak, folder kongsian baru tidak akan menyelaraskan perubahan yang dibuat oleh ahli lain. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan