Cara menebus tawaran promosi Dell + Dropbox

Dikemas kini Sep 26, 2023

Jika anda membeli komputer pengguna atau tablet Android Dell baru-baru ini, anda mungkin layak untuk mendapat 100 GB ruang storan Dropbox tambahan.

Untuk menebus promosi ini:

  1. Klik atau tekan ikon Dropbox pada peranti anda yang layak.
  2. Daftar untuk akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
  3. Ikut langkah-langkah untuk menebus ruang dalam akaun anda.

Ketahui apa yang berlaku selepas promosi ruang storan anda luput.

Soalan-soalan lazim

Berapa lama tempoh sah promosi ini, dan bolehkah saya mendapat promosi untuk akaun Dropbox sedia ada saya?

Jawapan kepada soalan-soalan ini bergantung pada masa anda membeli peranti Dell anda. Untuk maklumat lanjut, lihat jadual di bawah.

Tarikh pembelian

Ruang

Tempoh

Pengguna baru atau sedia ada?

Dibeli sebelum 1 Februari 2020 20 GB 12 bulan Pengguna Dropbox baru sahaja
Dibeli pada atau selepas 1 Februari 2020 30 GB 12 bulan Pengguna Dropbox baru atau sedia ada
Dibeli pada atau selepas 1 September 2020 100 GB 12 bulan Pengguna Dropbox baru atau sedia ada

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus promosi ini sekali sahaja.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak. Ruang promosi tidak boleh dipindahkan setelah ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.

Mengapa saya tidak layak untuk menebus ruang promosi?

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi Dell lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti Dell yang layak.
  • Apl Dropbox tidak dipra-muatkan pada peranti anda.
  • Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Setiap peranti hanya boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja.
  • Sesetengah promosi Dell mungkin hanya dikenakan kepada pengguna Dropbox baru sahaja.

Terma promosi setahun Dropbox untuk peranti Dell

Untuk komputer dan tablet HP yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan langkah-langkah penebusan. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima ruang storan tambahan selama satu tempoh tetap (jumlah dan tempoh tepat ditunjukkan dalam jadual di bawah) selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi setiap akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Dell sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan