Mulai 1 September 2017, pautan awam telah dilumpuhkan untuk semua pengguna. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut.
Pengguna Dropbox Basic (percuma)
Mulai 15 Mac 2017, folder Awam di dalam akaun Dropbox anda telah ditukar menjadi folder biasa. Secara lalai, folder ini adalah sulit kepada akaun anda. Peralihan ini akan berlaku secara automatik.
Ini apa yang anda perlu tahu:
Menggunakan folder awam untuk memaparkan kandungan HTML
Mulai 3 Oktober 2016, pengguna Dropbox Basic (percuma) tidak lagi boleh menggunakan pautan awam untuk memaparkan kandungan HTML dalam pelayar web. Jika anda pengguna Basic, dan anda mencipta laman web yang memaparkan kandungan HTML secara langsung daripada akaun Dropbox anda, ia tidak lagi akan dipaparkan dalam pelayar. Kandungan HTML itu sendiri akan kekal selamat di dalam Dropbox, dan anda boleh berkongsinya menggunakan mana-mana kaedah perkongsian yang lain.
Berkuat kuasa 1 September 2017, pengguna Dropbox Plus dan Business tidak lagi akan dapat menterjemahkan kandungan HTML, dan folder Awam serta kefungsian perkongsiannya telah dilumpuhkan.
Akaun yang dicipta selepas 4 Oktober 2012
Akaun Dropbox yang dicipta selepas 4 Oktober 2012 tidak akan mempunyai folder Awam. Jika anda ingin berkongsi fail dengan pantas, anda boleh menggunakan pautan kongsian. Pautan kongsian berfungsi walaupun jika orang yang anda berkongsi tidak mempunyai akaun Dropbox.