Percanggahan lihat-sahaja ialah fail yang Dropbox cipta apabila anda menyunting fail atau folder yang mana anda mempunyai keizinan lihat-sahaja, selalunya semasa aplikasi Dropbox berada di luar talian (contohnya jika tiada sambungan Internet atau jika penyelarasan dijeda).
Untuk memastikan semua perubahan disimpan, apabila Dropbox bermula, ia akan:
- Mencipta satu folder baru yang bernama "[nama fail] (percanggahan lihat-sahaja)"
- Mengalih semua fail yang disunting ke folder itu
- Mencipta semula fail atau folder asal yang anda cuba sunting
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
Cara terbaik untuk menyelesaikan percanggahan lihat-sahaja adalah dengan memohon akses menyunting kepada fail atau folder itu, membandingkan kedua-dua versi, dan menggabungnya secara manual.
Jika anda ingin menyunting akses kepada fail atau folder, anda boleh memohon terus daripada pemilik fail. Jika anda tidak tahu siapa pemilik fail, anda boleh menghubungi pentadbir anda.
Jika anda pemilik fail kongsian, anda boleh mengubah keizinan fail untuk membenarkan lebih ramai orang untuk menyuntingnya.
Bagaimana saya boleh mencegah percanggahan lihat-sahaja daripada berlaku lagi?
Untuk mencegah percanggahan lihat-sahaja daripada berlaku lagi, pastikan anda hanya menyunting fail yang anda ada akses. Apabila pengguna mempunyai akses lihat-sahaja kepada folder kongsian, ikon kunci akan berada pada folder itu.