Mengapakah saya tidak boleh berkongsi folder atau menyertai folder kongsian?
Setiap ahli folder kongsian boleh menambah dan mengubah suai fail, jadi folder kongsian itu akan memakan ruang dalam setiap akaun ahli. Jika anda mengalami masalah menyertai folder kongsian—atau berkongsi bersama orang lain— barangkali ruang yang tidak mencukupi adalah puncanya.
Jumlah ruang dalam Dropbox anda akan menghalang anda daripada menerima jemputan folder kongsian jika:
- Folder kongsian lebih besar daripada kuota ruang anda (contohnya, folder kongsian bersaiz 5 GB tetapi akaun anda berjumlah 2 GB)
- Folder kongsian lebih kecil daripada jumlah kuota ruang anda tetapi anda tidak mempunyai baki ruang yang cukup untuk menerimanya (contohnya, folder kongsian bersaiz 2 GB tetapi anda hanya ada 1 GB baki ruang pada Dropbox anda)
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Saya ada banyak ruang dalam akaun saya—kenapa kolaborator saya tidak boleh menerima jemputan folder kongsian?
Semua ahli folder kongsian perlu mempunyai baki ruang yang cukup untuk menampung folder kongsian. Contohnya, pengguna Pro A dengan 1 TB ruang tidak boleh berkongsi folder 5 GB bersama pengguna Basic yang hanya mempunyai 2 GB baki ruang.
Bolehkah saya berkongsi folder tanpa menggunakan ruang Dropbox?
Jika anda ingin berkongsi folder tanpa memberi kesan kepada kuota penerima, anda boleh berkongsi pautan ke folder. Pautan kongsian membolehkan pengguna untuk melihat atau memuat turun salinan baca sahaja fail dalam folder.
Bolehkah saya meninggalkan folder kongsian?
Ya, anda boleh meninggalkan folder kongsian tanpa menjejaskan ahli folder kongsian yang lain.
Bolehkah saya menambah ruang kosong ke akaun Dropbox saya?
Anda boleh menambah lebih banyak ruang kepada kuota akaun anda:
- Perolehi ruang bonus dengan mempelajari tentang Dropbox
- Perolehi ruang bonus dengan merujuk orang ke Dropbox
Bolehkah saya berkongsi kuota simpanan Dropbox dengan orang lain?
Jika anda berminat untuk berkongsi kelompok kuota dengan berbilang pengguna, sila pertimbangkan langganan pasukan Dropbox.