Dropbox sedang giat mengusahakan sokongan penuh untuk keluaran macOS 12.3 (Monterey) yang akan datang dan akan mula melancarkan versi beta pada Mac 2022.
Jika anda memilih untuk mengemas kini kepada macOS 12.3, anda mungkin menghadapi masalah membuka fail dalam talian sahaja dalam aplikasi pihak ketiga pada Mac anda. Sebagai penyelesaian sementara, anda boleh membuka fail dalam talian sahaja secara terus dalam Finder.
Nota: Fail dalam talian sahaja mempunyai ikon awan di sebelahnya.
Untuk membuka fail dalam talian sahaja:
Untuk menjadikan fail dalam talian sahaja tersedia untuk dibuka dalam aplikasi pihak ketiga:
Setelah fail dalam talian sahaja dimuat turun dalam Dropbox, anda akan melihat ikon awan bertukar kepada tanda semak hijau.
Untuk akses kepada keluaran beta apabila ia tersedia, anda boleh ikut serta dalam keluaran awal Dropbox.