Mengapakah Dropbox perlu "menyelaraskan fail saya lagi"?

Jika anda baru sahaja menyertai atau meninggalkan pasukan Dropbox Business, anda mungkin menerima pemberitahuan yang mengatakan Dropbox "perlu menyelaraskan fail anda sekali lagi, yang mungkin mengambil sedikit masa" dan "fail semasa anda akan disimpan dalam Dropbox (Lama)."

Ini bermakna Dropbox perlu menyelaraskan semula fail anda ke komputer untuk membuat peralihan masuk atau keluar daripada pasukan. Untuk memastikan fail anda selamat semasa proses ini, Dropbox menamakan semula folder Dropbox anda dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac) daripada "Dropbox([nama akaun])" kepada "Dropbox" (Lama)." Kemudian, Dropbox akan mencipta satu folder baru di lokasi yang sama pada komputer anda dan juga menyelaraskan semula fail anda di situ.

Ini akan menghasilkan dua folder. Proses ini hanyalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan bahawa satu salinan fail anda selamat pada komputer anda sementara fail anda diselaraskan semula. Anda disyorkan agar tidak melakukan apa-apa pada folder "Dropbox (lama)" semasa proses ini sedang berjalan. Masa yang diambil untuk process ini bergantung pada jumlah dan saiz fail anda. Setelah proses selesai, anda boleh menghapuskan folder "Dropbox (Lama)" daripada komputer anda dan mula menggunakan folder "Dropbox ([nama akaun]).

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan