Untuk membuka fail dalam talian sahaja:
- Buka folder Dropbox anda di dalam Finder.
- Klik dua kali pada fail yang anda mahu buka.
- Fail akan dimuat turun dalam folder Dropbox anda dan akan dibuka dalam apl lalai fail.
Untuk menjadikan fail dalam talian sahaja tersedia di luar talian:
- Buka folder Dropbox anda di dalam Finder.
- Klik kanan fail yang ingin disediakan.
- Klik Jadikan tersedia di luar talian.
- Fail akan dimuat turun dalam folder Dropbox anda.
- Ikon fail akan berubah kepada tanda semak hijau sebaik sahaja ia tersedia di luar talian.